Amalan bijak jaminan kualiti pengajian tinggi memerlukan kriteria dan standard yang jelas, telus dan adil yang bertindak sebagai rujukan kepada penilaian dan laporan ke atas kualiti program pengajian yang ditawarkan oleh pemberi pendidikan tinggi.
MQA telah membangunkan kod amalan jaminan kualiti pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan amalan bijak antarabangsa dan dipersetujui melalui konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan.
Kod amalan ini menyediakan garis panduan dan keperluan umum dalam perkara-perkara berikut:
Pada amnya, jaminan kualiti di institusi pengajian tinggi dilaksanakan melalui proses penilaian program pengajian. Terdapat dua peringkat penilaian dalam jaminan kualiti ini iaitu:
Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 juga memperuntukan status swa akreditasi kepada institusi pengajian tinggi yang telah matang dan mempunyai mekanisme jaminan kualiti dalaman yang mantap. Untuk mencapai status swa akreditasi ini, institusi pengajian tinggi perlu melalui proses audit institusi dan jika berjaya mendapat status swa akreditasi, kesemua kelayakan yang ditawarkan oleh institusi bertaraf swa akreditasi ini akan didaftar secara automatik ke dalam Dafar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR).
Setiap penilaian kualiti di atas memerlukan pemantauan terus-menerus bagi memastikan program-program pengajian yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi dijamin kualitinya.

Pencapaian hasil pembelajaran ini pula akan diukur menggunakan pengiraan sistem kredit yang berasaskan kepada beban sebenar jam pembelajaran pelajar (student learning time) dan bukannya berasaskan jam kontak antara pensyarah dan pelajar.

Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.