|
1. |
1. Apakah itu MQA? |
|
2. |
1. Mengapakah MQA menggantikan LAN? |
|
3. |
1. Adakah fungsi MQA sama dengan LAN? |
|
4. |
1. Dengan adanya MQA, bagaimana status kursus pengajian
yang telah diakredit oleh LAN? |
|
5. |
Apa yang dimaksudkan dengan Kerangka Kelayakan
Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)?
|
|
6. |
1. Apakah yang dimaksudkan dengan tahap kelayakan dan
laluan pendidikan di dalam MQF? |
|
7. |
Apakah yang dimaksudkan dengan hasil pembelajaran (learning
outcome)?
|
|
8. |
Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kredit berasaskan
Student Learning Time (SLT)? |
|
9. |
Apakah kriteria yang digunakan MQA dalam menilai kursus
pengajian di IPT? |
|
10. |
Apakah yang dimaksudkan dengan Kelulusan? |
|
11. |
Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi Provisional? |
|
12. |
Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi? |
|
13. |
Apakah perbezaan antara Akreditasi dan Pengiktirafan? |
|
14. |
Adakah program IPTA turut diakredit oleh MQA? |
|
15. |
Adakah pihak MQA menjalankan penilaian Akreditasi dan
memberi pengiktirafan kepada IPT di luar negara? |
|
16. |
Berapa lamakah tempoh sah laku Akreditasi MQA? |
|
17. |
1. Bagaimana hendak menyemak senarai kursus pengajian
yang telah diakredit MQA? |
|
18. |
1. Apakah
yang dimaksudkan dengan Malaysian Qualifications Register
(MQR)? |
|
19. |
Apakah kelebihan program yang diakredit dan didaftar dalam MQR?
|
|
20. |
Adakah pihak IPT boleh menggunakan logo MQA untuk tujuan
pengiklanan atau masih menggunakan logo LAN? |
|
|
|
|
|
 |
|
1. |
1. Apakah itu MQA? |
|
|
Agensi
Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)
merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang
telah ditubuhkan pada 1 November 2007 dengan berkuatkuasanya
Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679).
MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan
penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal
kualiti kursus pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan
Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan
penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini.
Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian
tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang
tidak membezakan semua IPT. MQA juga adalah pemegang amanah
Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Framework, MQF) yang merupakan ’perlembagaan’
pengajian tinggi negara. |
|
|
|
|
2. |
1. Mengapakah MQA menggantikan LAN? |
|
|
Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian
tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang
tidak membezakan semua IPT yang terdiri daripada IPTA, IPTS,
Politeknik, Kolej Komuniti, dan IPT di bawah kementerian
lain. Di bawah LAN dahulu, skop penilaian jaminan kualiti
hanya tertumpu kepada IPTS sahaja.
Penubuhan MQA juga adalah atas rasional untuk mewujudkan dan
melaksanakan perkara utama yang menjadi ciri penting
menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai reputasi
baik dalam pendidikan tinggi iaitu :
-
Menubuhkan sebuah badan jaminan kualiti yang seragam,
adil dan telus (MQA)
-
Membangunkan Kerangka Kelayakan Kebangsaan sebagai
rujukan semua kelayakan (MQF)
-
Mewujudkan pusat maklumat yang sahih dan dipercayai (MQR).
|
|
3. |
1. Adakah fungsi MQA sama dengan LAN? |
|
|
Secara
amnya, MQA masih menjalankan fungsi LAN sebelum ini
khususnya dalam menjamin kualiti pengajian tinggi. Walau
bagaimanapun, MQA juga menjalankan pelbagai fungsi lain
seperti berikut :
-
Melaksanakan MQF sebagai titik rujukan Kelayakan di
Malaysia;
-
Membangunkan kriteria dan standard sebagai rujukan
kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan dengan kerjasama
pelbagai pihak berkepentingan;
-
Menjamin kualiti institusi-institusi pengajian tinggi dan
program-program;
-
Memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang
memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan;
-
Memudah cara pengiktirafan dan penyetaraan kelayakan; dan
-
Mengendalikan Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Register, MQR)
|
|
4. |
1. Dengan adanya MQA, bagaimana status kursus pengajian
yang telah diakredit oleh LAN? |
|
|
Kursus yang telah mendapat Akreditasi LAN yang masih dalam
tempoh sah laku akan didaftarkan di dalam MQR. Tetapi
apabila kursus tersebut telah tamat tempoh sah laku, ia
perlu melalui penilaian MQA bagi tujuan Akreditasi. |
|
|
|
|
5. |
Apa yang dimaksudkan dengan Kerangka Kelayakan
Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)?
|
|
|
MQF
adalah deklarasi Malaysia tentang kelayakan-kelayakan
tempatan dan kualiti yang dimiliki oleh kelayakan-kelayakan
tersebut. MQF merupakan alat yang membangun dan
mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria
yang dipersetujui kebangsaan dan ditanda aras amalan
antarabangsa yang menjelaskan tahap-tahap pembelajaran yang
dicapai, hasil pembelajaran bidang pengajian dan sistem
kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kriteria
ini diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerah
pemberi pendidikan tinggi yang diiktiraf. MQF menyatupadukan
semua kelayakan negara.
MQF
juga menyediakan laluan-laluan pendidikan yang menghubung
kait kelayakan-kelayakan di dalamnya secara sistematik, yang
membolehkan individu memajukan diri melalui pemindahan
kredit dan pengakreditan pengalaman-pengalaman terkumpul (accreditation
of prior experiential learning) dalam konteks
pembelajaran sepanjang hayat.
Dalam konteks jaminan kualiti negara, MQF merupakan
’perlembagaan’ pengajian tinggi yang mana prinsip-prinsip
umumnya harus dipatuhi oleh setiap program dan kelayakan
yang ditawar dan dianugerah oleh pemberi pendidikan tinggi.
Prinsip-prinsip umum MQF meliputi definisi kelayakan, sektor
penganugerahan kelayakan, tahap kelayakan, hasil
pembelajaran, kredit dan beban pembelajaran, profil dan
laluan pendidikan tinggi bagi kemajuan indidvidu. |
|
|
|
|
6. |
1. Apakah yang dimaksudkan dengan tahap kelayakan dan
laluan pendidikan di dalam MQF? |
|
|
MQF menyediakan tahap kelayakan dan laluan pendidikan yang
menghubungkaitkan kelayakan-kelayakan secara sistematik. Ini
membolehkan individu memajukan diri dalam pendidikan tinggi
melalui pemindahan kredit dan pengiktirafan
pengalaman-pembelajaran terkumpul (accreditation of prior
experiental learning) yang diperoleh daripada
pembelajaran formal, tidak formal dan informal tanpa mengira
masa dan tempat, dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat.
Terdapat lapan tahap kelayakan di dalam MQF yang mewakili
tiga sektor pendidikan tinggi negara dan disokong oleh
laluan pendidikan sepanjang hayat. Sektor tersebut adalah
(a) Sektor Kemahiran; (b) Sektor Vokasional dan Teknikal;
dan (c) Sektor Pengajian Tinggi.
Sijil
Kemahiran yang dianugerahkan dalam Sektor Kemahiran berada
di Tahap 1 hingga 3. Sijil Pengajian Tinggi dan Vokasional
dan Teknikal berada di Tahap 3. Manakala Diploma dan Diploma
Lanjutan berada di Tahap 4 dan 5. Ijazah Sarjana Muda berada
pada Tahap 6 diikuti dengan Ijazah Sarjana (Tahap 7) dan
Ijazah Kedoktoran (Tahap 8).
Setiap tahap adalah dibezakan oleh hasil pembelajaran dan
jam kredit berasaskan kepada beban belajar pelajar.

|
|
|
|
|
7. |
Apakah yang dimaksudkan dengan hasil pembelajaran (learning
outcome)?
|
|
|
Pencapaian pelajar diukur oleh hasil pembelajaran. Hasil
pembelajaran ini menetapkan kompetensi yang patut diperoleh
oleh pelajar apabila selesai mengikuti satu-satu program
pengajian. Ciri-ciri ini terkandung dalam lapan domain hasil
pembelajaran iaitu;
-
Pengetahuan ilmu bidang;
-
Kemahiran praktikal;
-
Kemahiran dan tanggungjawab sosial;
-
Nilai, sikap dan profesionalisme;
-
Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja
berpasukan;
-
Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran
saintifik;
-
Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran
sepanjang hayat; dan
-
Kemahiran mengurus dan keusahawanan.
Pencapaian hasil pembelajaran ini pula akan diukur
menggunakan pengiraan sistem kredit yang berasaskan kepada
beban sebenar jam pembelajaran pelajar (student learning
time) dan tidak lagi berasaskan jam kontak antara
pensyarah dan pelajar. |
|
|
|
|
8. |
Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kredit berasaskan
Student Learning Time (SLT)? |
|
|
Student Learning Time
(SLT) bermaksud beban sebenar jam pembelajaran pelajar yang
mengambil kira semua aktiviti pembelajaran termasuk
persediaan material di perpustakaan dan pencarian sumber
maklumat di internet. SLT diambil kira bukannya berasaskan
kepada jam kontak antara pensyarah dan pelajar semata-mata. |
|
|
|
|
9. |
Apakah kriteria yang digunakan MQA dalam menilai kursus
pengajian di IPT? |
|
|
Selain
berpandukan kepada MQF, MQA juga telah membangunkan Kod
Amalan Program Akreditasi dan Kod Amalan Audit Institusi.
Kod-kod amalan ini menetapkan sembilan aspek utama yang
dijamin oleh MQA iaitu :
-
Visi, misi dan hasil pembelajaran
-
Rekabentuk program dan penyampaian
-
Kepilihan dan sistem sokongan pelajar
-
Penilaian pelajar
-
Staf
akademik
-
Sumber pendidikan/kemudahan pengajaran dan
pembelajaran
-
Penilaian program
-
Kepimpinan, governan dan pentadbiran
-
Penambahbaikan kualiti berterusan
|
|
10. |
Apakah yang dimaksudkan dengan Kelulusan? |
|
|
Kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian
Tinggi bagi membolehkan IPT mengendalikan sesuatu kursus
pengajian. Kelulusan wajib diperoleh sebelum IPT dibenarkan
mengendalikan kursus pengajian. Walau bagaimanapun,
kelulusan ini tidak bermaksud satu-satu program itu telah
diakredit oleh MQA atau telah diiktiraf oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA). |
|
|
|
|
11. |
Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi Provisional? |
|
|
Akreditasi Provisional bermaksud fasa awal penilaian sesuatu program yang menuju
kepada Akreditasi (Penuh). Ia bertujuan untuk membantu dan mempermudahkan IPT
mendapat Akreditasi bagi program yang telah diluluskan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard yang
dinyatakan. |
|
|
|
|
12. |
Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi? |
|
|
Akreditasi merupakan satu pengiktirafan rasmi kepada IPT
bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan
kepada graduan adalah selaras dengan standard yang
ditetapkan oleh MQA. |
|
|
|
|
13. |
Apakah perbezaan antara Akreditasi dan Pengiktirafan? |
|
|
Akreditasi merupakan pengesahan pencapaian kualiti dalam
penilaian jaminan kualiti yang dilaksanakan oleh MQA. Ia
merupakan jaminan MQA kepada pelbagai pihak berkepentingan
dalam bidang pendidikan tinggi termasuk para pelajar, ibu
bapa, majikan dan lain-lain bahawa program pengajian yang
diakredit oleh MQA merupakan program berkualiti. Ia juga
merupakan platform atau asas kepada pihak-pihak lain untuk
mengiktiraf program dan kelayakan tersebut bagi
tujuan-tujuan yang berlainan.
Pengikitirafan pula bermaksud penerimaan satu-satu kelayakan
oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan tertentu. Sebagai
contoh, pengiktirafan kerajaan melalui JPA adalah syarat
untuk dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam. Sebagai
makluman, JPA hanya akan mengiktiraf program pengajian yang
telah mendapat akreditasi MQA bagi maksud berkhidmat dengan
kerajaan. |
|
|
|
|
14. |
Adakah program IPTA turut diakredit oleh MQA? |
|
|
Program pengajian IPTA, Politeknik dan
Kolej Komuniti turut diakredit oleh MQA. Walau bagaimanapun,
semua program berkenaan yang telah mendapat pengiktirafan
JPA sebelum MQA ditubuhkan akan didaftarkan terus ke dalam
MQR. (Pengemaskinian maklumat kursus IPTA sentiasa dibuat
dari semasa ke semasa). Manakala bagi program baru yang
hendak dikendalikan, ia akan tertakluk kepada proses jaminan
kualiti yang ditetapkan oleh MQA. |
|
|
|
|
15. |
Adakah pihak MQA menjalankan penilaian Akreditasi dan
memberi pengiktirafan kepada IPT di luar negara? |
|
|
Tidak. Pengiktirafan kerajaan Malaysia ke atas IPT luar
negara adalah di bawah bidang kuasa JPA.
Buat masa ini MQA hanya melaksanakan jaminan kualiti ke atas
program dari institusi tempatan. Walau bagaimanapun,
sekiranya terdapat permohonan dari institusi luar negara
untuk mendapatkan akreditasi MQA, ia akan dipertimbangkan.
Namun dalam soal bidang kuasa JPA. |
|
|
|
|
16. |
Berapa lamakah tempoh sah laku Akreditasi MQA? |
|
|
Akreditasi program di bawah MQA tiada tempoh sah laku tetapi
pihak MQA akan menjalankan proses pemantauan di institusi
berkenaan untuk memastikan kualiti kursus-kursus tersebut
terus dipertingkat. |
|
|
|
|
17. |
1. Bagaimana hendak menyemak senarai kursus pengajian
yang telah diakredit MQA? |
|
|
Semakan senarai kursus yang telah diakredit MQA boleh dibuat
dengan melayari portal MQR. Terdapat pelbagai cara untuk
mencari maklumat yang dikehendaki seperti panduan berikut:
-
Layari Laman Web MQA di alamat
http://www.mqa.gov.my --> klik pada butang MQR di
bahagian Sistem On-line.
-
Layari
http://www.mqa.gov.my/mqr/index.htm. Kemudian rujuk
kepada tajuk Panduan dalam portal MQR.
Semakan boleh dibuat melalui pelbagai kata kunci (keyword)
contohnya nama kelayakan, nama IPT, bidang pengajian dan
sebagainya. |
|
|
|
|
18. |
1. Apakah
yang dimaksudkan dengan Malaysian Qualifications Register
(MQR)? |
|
|
Malaysian Qualifications Register
(MQR)
merupakan sumber rujukan dan panduan berkaitan program
pendidikan tinggi yang menyenaraikan semua kelayakan yang
telah diakreditkan dan dianugerahkan oleh Pemberi Pendidikan
Tinggi sama ada dari dalam dalam dan luar negara. Program
atau kelayakan ini hendaklah selaras dengan Kerangka
Kelayakan Malaysia.
MQR diwujudkan bertujuan :
-
Menyediakan maklumat mengenai semua kelayakan berdasarkan
program yang telah diakredit;
-
Membolehkan semua pihak berkepentingan mengetahui, memahami
serta membuat perbandingan mengenai ciri-ciri sesuatu
kelayakan dan hubungkaitnya dengan kelayakan yang lain; dan
-
Memudahkan proses pemindahan kredit.
Maklumat yang terkandung dalam MQR adalah seperti berikut:
-
Nama dan alamat IPT;
-
Nombor rujukan kelayakan;
-
Nama kelayakan;
-
Bidang kelayakan;
-
Tempoh sahlaku;
-
Tahap kelayakan;
-
Tempoh pengajian; dan
-
Jam kredit bergraduat.
Maklumat tambahan seperti penyataan hasil pembelajaran
program, syarat kelayakan masuk dan sebagainya akan
dimasukkan dari semasa ke semasa.
Maklumat dalam MQR juga boleh digunakan untuk mengeluarkan
perakuan atau pernyataan yang jelas tentang sesuatu
kelayakan yang telah didaftarkan. Pihak yang berkepentingan
termasuk masyarakat umum boleh merujuk kepada MQR untuk
mendapatkan pengesahan mengenai status sesuatu kelayakan.
Cabutan daripada Daftar Kelayakan ini boleh dikeluarkan
tertakluk kepada permintaan pihak berkenaan. |
|
|
|
|
19. |
Apakah kelebihan program yang diakredit dan didaftar dalam MQR?
|
|
|
Antara kelebihan program atau kursus yang didaftar dalam MQR
adalah seperti berikut:
-
Program telah melalui proses jaminan kualiti iaitu ia
selaras dengan standard dan kriteria yang ditetapkan dan
mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Framework, MQF). Sila rujuk kepada
maklumat mengenai Sistem Jaminan Kualiti di laman
web MQA
http://www.mqa.gov.my/sjk.cfm
-
Memudahkan pemindahan kredit
-
Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi
tempatan atau luar negara
-
Membolehkan pelajar dipertimbangkan untuk pelantikan ke
perkhidmatan awam
-
Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan
|
|
20. |
Adakah pihak IPT boleh menggunakan logo MQA untuk tujuan
pengiklanan atau masih menggunakan logo LAN? |
|
|
Pihak
IPT boleh menggunakan logo MQA bagi kursus pengajian yang
telah mendapat akreditasi dengan mengikut
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. |