FAQs: Code Of Practice

Last Updated : 28 December 2018
Bahasa Melayu Version :
Soalan Lazim : Kod Amalan

1. Kod Amalan Pembelajaran Terbuka Dan Jarak Jauh (Open And Distance Learning, ODL)


1. Adakah pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka (face to face, F2F) wajib dan berapakah peruntukan jam pertemuan bersemuka ini?

Berdasarkan COP-ODL, definisi bersemuka (face to face, F2F) merujuk kepada interaksi fizikal yang sebenar atau lain-lain komunikasi melalui media teknologi yang memaparkan pelajar dan tutor / fasilitator / jurulatih dalam masa nyata (real time) untuk membolehkan respons secara langsung. Pembelajaran dan pengajaran secara F2F adalah wajib, namun peruntukan jam pertemuan bersemuka boleh ditetapkan oleh PPT sendiri mengikut kesesuaian bidang program pengajian.

2. Adakah program baharu boleh terus ditawarkan secara ODL?

Tidak. Mengikut dasar sedia ada, PPT yang ingin menawarkan program ODL mestilah terlebih dahulu telah menawarkan dan mendapat akreditasi penuh bagi program sama yang dijalankan secara konvensional.

3. Adakah program yang ingin ditawarkan secara ODL perlu dimohon akreditasi secara berasingan daripada program sama yang sedang dijalankan secara konvensional?

Ya, program yang ingin ditawarkan secara ODL wajib memohon akreditasi secara berasingan daripada program sama yang sedang dijalankan secara konvensional.

4. Adakah latihan industri boleh digantikan dengan kursus lain bagi program pengajian yang ditawarkan secara ODL?

Perkara ini adalah tertakluk kepada penetapan dalam Surat Makluman MQA Bil.2/2018: Penggantian Latihan Industri dengan Komponen Lain Kurikulum bagi Pelajar Separuh Masa.

5. Apakah dokumen spesifik yang boleh dirujuk bagi melaksanakan program ODL?

Dokumen yang boleh dirujuk untuk melaksanakan program ODL ialah:

  • Kod Amalan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (MQA, 2013)
  • Garis Panduan dan Piawaian Pengendalian Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (JPT)
  • e-Learning Guidelines for Malaysian HEIs (KPM, 2014)