FAQs: SVM & DVM

Last Updated : 26 December 2018
Bahasa Melayu Version :
Soalan Lazim : SVM & DVM

1. Adakah SVM setara dengan mana-mana kelayakan. Contohnya Sijil (Tahap 3 MQF)?

MQA mengguna pakai penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut:

  • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
  • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
  • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan
  • Kompeten semua modul vokasional.

Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.

Sehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3 MQF).

2. Adakah kelayakan SVM hanya layak ke DVM sahaja?

Tidak. Kelayakan SVM boleh digunakan ke mana-mana program Diploma (Tahap 4 MQF) tertakluk kepada kesetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut:

  • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
  • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
  • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan
  • Kompeten semua modul vokasional.

Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.

Syarat kelayakan masuk ini juga perlu tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan dalam standard program dan badan profesional (sekiranya berkaitan).

3. Bagaimana pula dengan pelajar SVM yang tidak memenuhi syarat kesetaraan dengan SPM 3 kredit dan berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya?

Pelajar berkenaan boleh mengguna pakai laluan pendidikan APEL untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat serta kriteria APEL yang ditetapkan. Contohnya, pelajar yang berumur 20 tahun dengan pengalaman boleh dipertimbangkan untuk kemasukan ke program Diploma.

4. Bagaimanakah dengan pelajar SVM yang cukup syarat kesetaraan dengan SPM 3 kredit untuk ke program Diploma (Tahap 4 MQF), namun tidak cukup syarat seperti yang ditetapkan dalam standard program tertentu (contohnya subjek tertentu yang tidak disetarakan oleh LPM dengan SPM)?

Kemasukan pelajar ke program Diploma tersebut tidak dapat dipertimbangkan. Oleh itu, disyorkan agar pelajar melanjutkan pengajian berdasarkan laluan DVM yang disediakan atau melanjutkan pengajian ke bidang lain yang tidak menetapkan keperluan subjek tertentu.

5. Apakah syarat serta ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (Sektor Pendidikan Tinggi) bagi kemasukan graduan DVM terus ke peringkat tinggi?

Lulusan DVM boleh menyambung pengajian ke pendidikan tinggi tertakluk kepada kelulusan Senat IPT masing-masing dengan mengambil kira penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berdasarkan syarat-syarat berikut:

  • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
  • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
  • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan
  • Kompeten semua modul vokasional.

Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.

Syarat kelayakan masuk ini juga perlu tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan dalam standard program dan badan profesional (sekiranya berkaitan).

6. Adakah pelajar DVM layak mendapat pemindahan kredit ke peringkat seterusnya?

Pelajar DVM layak untuk dipertimbangkan pemindahan kredit pada peringkat Sarjana Muda (Tahap 6 MQF) tertakluk kepada ketetapan syarat umum pindah kredit MQA dan ketetapan khusus pindah kredit institusi penerima.

7. Pelajar lepasan DVM yang ingin melanjutkan pengajian ke program Sarjana Muda (Tahap 6 MQF), adakah mereka perlu menyertakan Slip Keputusan Sejarah 1251 bagi mengesahkan yang mereka telah Lulus mata pelajaran Sejarah SPM?

Ya, pelajar kohort 2013-2016 perlu mengemukakan slip keputusan Sejarah 1251 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sebagai bukti bahawa pelajar telah lulus mata pelajaran terbabit.

8. Adakah pelajar lepasan DVM boleh melanjutkan pengajian ke program peringkat Sarjana (Tahap 7 MQF)?

Pelajar lepasan DVM dengan pengalaman kerja, boleh melanjutkan pengajian ke program peringkat Sarjana (Tahap 7 MQF) dengan menggunakan laluan APEL, tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat dan kriteria APEL yang ditetapkan.

9. Adakah pelajar lepasan SVM dan DVM boleh diterima bekerja?

Boleh. Walau bagaimanapun ia tertakluk dengan dasar semasa yang ditetapkan oleh pihak majikan yang berkaitan.