PANDUAN PEMILIHAN PPT LUAR NEGARA SEBAGAI FRANCHISOR


Ketetapan

  1. Pemilihan PPT luar negara sebagai franchisor adalah berdasarkan ketetapan seperti berikut:

    "Kerjasama dengan 5% daripada jumlah keseluruhan universiti luar negara yang terkini di dunia dalam senarai ranking antarabangsa yang telah diterima pakai dan mendapat pengiktirafan serta perakuan akreditasi daripada badan berkuasa atau badan jaminan kualiti atau kerajaan negara berkaitan. Kerjasama juga boleh dijalankan dengan universiti luar negara di bawah badan yang telah menandatangani comparability dengan MQA dan mendapat pengiktirafan serta perakuan akreditasi daripada badan berkuasa atau badan jaminan kualiti atau kerajaan negara berkaitan."

    (Rujukan: Surat JPT dengan rujukan JPT/GS1000-606 Jilid 2 (3) bertarikh 06 Februari 2018)


  2. Ranking yang boleh diterima pakai adalah QS World University Rankings, Times Higher Education (THE) World University Rangkings, dan Academic Ranking of World Universities (ARWU).

    (Rujukan: Ketetapan JPT melalui Mesyuarat Kajian Semula Dasar-Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti KPT-MQA Bil. 1/2018 bertarikh 17 April 2018)


  3. Jumlah keseluruhan universiti luar negara yang terkini di dunia adalah sebanyak 26,000 buah universiti. Justeru, ranking minimum ditetapkan pada kedudukan/pencapaian ke 1,300 atau lebih tinggi.

    (Rujukan: Ketetapan JPT melalui Mesyuarat Kajian Semula Dasar-Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti KPT-MQA Bil. 1/2018 bertarikh 17 April 2018)



Ranking


  1. Mana-mana universiti yang tersenarai dalam ranking antarabangsa berikut boleh dipilih sebagai franchisor:

    1. QS World University Rankings
      https://www.topuniversities.com/

    2. Times Higher Education (THE) World University Rankings
      https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings

    3. Academic Ranking of World Universities (ARWU)
      http://www.shanghairanking.com/


  2. Ranking adalah berdasarkan institusi atau bidang dalam senarai ranking di atas.


  3. Tempoh sah laku bagi satu-satu ranking adalah 24 bulan daripada keputusan diumumkan.


  4. Program / PPT luar negara hendaklah mendapat pengiktirafan serta perakuan akreditasi daripada badan berkuasa / badan jaminan kualiti / kerajaan negara berkaitan.


Comparability


  1. Kerjasama dengan PPT luar negara di bawah agensi yang telah menandatangani comparability secara bilateral dengan MQA seperti berikut:

    1. New Zealand Qualifications Authority(NZQA)
    2. National Intitute for Academic Degrees and Quality Enhancement of Higher Education (NIAD-QE), Jepun
    3. Higher Education Evaluation and Accreditation Council of Taiwan(HEEACT)

    Nota: Kerjasama bagi kategori ini hanya boleh dibuat bagi peringkat Sarjana Muda (Tahap 6 MQF) sahaja.


  2. Kerjasama dengan PPT luar negara di bawah agensi yang membuat penandaarasan dengan Guideline of Good Practices (GGP): The International Network for Quality Assurance Agencies in Higher Education (INQAAHE) dan masih dalam tempoh sah laku ketika MOU/MOA ditandatangan. Rujukan boleh dibuat melalui capaian: http://www.inqaahe.org/aligned-agencies


  3. Kerjasama dengan PPT luar negara yang tersenarai dalam perjanjian antarabangsa oleh badan profesional berikut:

    1. Washington Accord - Bidang Kejuruteraan
      http://www.ieagreements.org/accords/washington/signatories/

    2. Dublin Accord - Bidang Kejuruteraan Teknikal
      http://www.ieagreements.org/accords/dublin/signatories/

    3. Sydney Accord - Bidang Kejuruteraan Teknologi
      http://www.ieagreements.org/accords/sydney/signatories/


  4. Program / PPT luar negara hendaklah mendapat pengiktirafan serta perakuan akreditasi daripada badan berkuasa / badan jaminan kualiti / kerajaan negara berkaitan.


Pematuhan Terhadap MQF dan Standard Program


  1. PPT perlu membuat semakan dan pemetaan terhadap pematuhan program kerjasama yang ingin ditawarkan dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) (contoh dari segi tahap pengajian dan kredit) dan standard program yang berkaitan (contoh dari segi struktur kurikulum dan penilaian pelajar). PPT perlu mengemukakan bukti semakan dan pemetaan tersebut bersekali dengan permohonan akreditasi sementara.

    (Rujukan: Pekeliling MQA Bil. 4/2017 bertarikh 11 Oktober 2017)




Tarikh kemas kini: 28 Ogos 2018

Pegawai untuk dihubungi:
Puan Najihah As'ari
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
E-mel : najihah@mqa.gov.my







  • AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
    Mercu MQA,
    No. 3539, Jalan Teknokrat 7,
    Cyber 5,
    63000 Cyberjaya, Selangor.

    +603 - 7968 7002
    (akreditasi@mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my