APEL BAGI TUJUAN PENGANUGERAHAN KREDIT [APEL(C)] DAN PINDAH KREDIT MOOC


Pekeliling MQA Bil. 5/2016 dan Pekeliling MQA Bil. 6/2016 adalah untuk memaklumkan tentang pemakaian dokumen Garis Panduan Pindah Kredit Massive Open Online Courses (MOOC) dan Garis Panduan Amalan Baik: Pengakreditan Pengalaman Berasaskan Pembelajaran Terdahulu Bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [GGP: APEL(C)] yang telah dibangunkan oleh MQA.


Soalan-soalan lazim (FAQ) berkaitan APEL bagi tujuan Penganugerahan Kredit [APEL(C)] dan Pindah Kredit MOOC ini adalah kompilasi soalan yang sering diajukan oleh pihak awam kepada MQA. Sehubungan itu, kompilasi ini diharap dapat membantu pihak awam memahami dengan lebih lanjut mengenai perkara berkaitan APEL(C) dan Pindah Kredit MOOC.


Buku Guidelines to Good Practices: APEL(C) dan Guidelines on Credit Transfer for MOOC boleh dibeli bermula 28 September 2016 di pejabat MQA, Tingkat 14B, Menara PKNS PJ atau boleh dibeli dalam bentuk e-buku di laman web Ookbee MY dan eSentral melalui capaian berikut:
  • AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
    Mercu MQA,
    No. 3539, Jalan Teknokrat 7,
    Cyber 5,
    63000 Cyberjaya, Selangor.

    +603 - 7968 7002
    (akreditasi@mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my