Polisi Whistleblowing Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


 
[KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ]


Polisi ini menggariskan panduan bagi melaporkan sebarang bentuk penipuan, penyalahgunaan dan penyelewengan serta salah laku dalam kalangan warga Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) termasuk Ahli Majlis MQA, Ahli Jawatankuasa Akreditasi MQA dan Ahli Panel Penilai MQA. Dalam masa yang sama, ia melindungi identiti Pemberi Maklumat (Whistleblower).



Pengenalan

Polisi ini dilaksanakan bagi memudahkan warga MQA / Orang Awam membuat laporan ke atas mana-mana warga MQA yang terlibat dalam sebarang salah laku. Dalam masa yang sama, polisi ini melindungi identiti pemberi maklumat / mereka yang membuat aduan. Selain menjamin ketelusan, polisi ini juga dapat menambahkan keyakinan orang awam terhadap keseriusan pengurusan MQA dalam menangani sebarang salah laku dalam kalangan warga MQA.



Apa yang Boleh Didedahkan

  1. Rasuah atau penipuan;
  2. Kesalahan jenayah;
  3. Salah guna wang atau harta MQA;
  4. Kesilapan pengurusan yang melampau dalam MQA;
  5. Ketirisan kewangan yang serius dalam MQA;
  6. Gangguan seksual;
  7. Kesalahan tatatertib lain; dan
  8. Perkhidmatan MQA.



Siapa yang Boleh Membuat Aduan

  1. Warga MQA (termasuk Ahli Majlis MQA);
  2. Ahli Panel Penilai;
  3. Pembekal barangan dan perkhidmatan MQA; dan
  4. Pihak Berkepentingan MQA (termasuk pelajar, ibu bapa, dan Pemberi Pendidikan Tinggi).



Saluran Aduan






Tarikh Kemaskini : 15 Oktober 2018




  • AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
    Mercu MQA,
    No. 3539, Jalan Teknokrat 7,
    Cyber 5,
    63000 Cyberjaya, Selangor.

    +603 - 7968 7002
    (akreditasi@mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my