MAKLUM BALAS TERHADAP DERAF STANDARD PROGRAM: MUAMALAT DAN KEWANGAN ISLAM (KAJIAN SEMULA)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,


Pada tahun 2012, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah membangunkan Standard Program: Muamalat dan Kewangan Islam sebagai rujukan dan panduan kepada pihak berkepentingan bagi membantu pembangunan program dalam bidang Muamalat dan Kewangan Islam. Berdasarkan kepada ketetapan prosedur dan kajian impak tehadap keberkesanan penggunaan standard program, dokumen ini telah melalui proses kajian semula supaya bersesuaian dengan keperluan semasa. Selain daripada itu, penjajaran juga dibuat selaras dengan Malaysian Qualifications Framework 2nd Edition (MQF) dan Code of Practice for Programme Accreditation 2nd Edition (COPPA).


Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan/puan untuk menyalurkan maklum balas bagi deraf tersebut dengan mengisi borang maklum balas sebelum atau pada 12 Oktober 2018 (Jumaat).


  1. Rujukan Dokumen:
    Dokumen Standard Program: Muamalat dan Kewangan Islam

  2. Maklum Balas:
    Maklum Balas Terhadap Deraf Standard Program: Muamalat dan Kewangan Islam (Kajian Semula)


Maklum balas tuan/puan akan dipertimbangkan dalam proses menambah baik deraf ini.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi:

  1. Encik Zamrin bin Salim - zamrin@mqa.gov.my (03-7968 8817);
    atau
  2. Puan Farhanah binti Mohamad - farhanah@mqa.gov.my (03-7968 3348);


Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih





Tarikh Kemaskini : 24 Sept 2018




  • AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
    Mercu MQA,
    No. 3539, Jalan Teknokrat 7,
    Cyber 5,
    63000 Cyberjaya, Selangor.

    +603 - 7968 7002
    (akreditasi@mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my