SOAL SELIDIK KEBERKESANAN STANDARD PROGRAM KEPADA PEMBERI PENDIDIKAN TINGGI (PPT)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,


Dimaklumkan bahawa, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menerbitkan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) edisi kedua. Sehubungan itu, MQA sedang dalam proses menjajarkan kesemua standard program terhadap MQF dan COPPA edisi terkini. Serentak dengan usaha tersebut, MQA ingin mendapatkan maklum balas tuan/puan untuk meningkatkan keberkesanan Standard Program kepada Pemberi Pendidikan Tinggi.


Selaku pengguna utama standard program, MQA amat berbesar hati jika tuan/puan dapat memberi maklum balas dengan mengisi borang soal selidik sebelum/pada 2 November 2018 (Jumaat) melalui pautan di bawah:


  1. STANDARD PROGRAM: KOMPUTERAN

  2. STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

  3. STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK

  4. STANDARD PROGRAM: PENGAJIAN ISLAM

  5. STANDARD PROGRAM: PENGAJIAN MEDIA DAN KOMUNIKASI

  6. STANDARD PROGRAM: PERAKAUNAN

  7. STANDARD PROGRAM: PSIKOLOGI

  8. STANDARD PROGRAM: SAINS MAKLUMAT

  9. STANDARD PROGRAM: SENI PERSEMBAHAN

  10. STANDARD PROGRAM: UKUR BANGUNAN


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi:

  1. Puan Enda Nurwani Ngah Deman - endanurwani@mqa.gov.my (03-7968 2209);
    atau
  2. Puan Nur Afizah Nasir - afizah@mqa.gov.my (03-7968 8094);


Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.





Tarikh Kemaskini 08 Okt 2018




  • AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
    Mercu MQA,
    No. 3539, Jalan Teknokrat 7,
    Cyber 5,
    63000 Cyberjaya, Selangor.

    +603 - 7968 7002
    (akreditasi@mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my