MAKLUM BALAS TERHADAP DERAF STANDARD PROGRAM: HOSPITALITI DAN PELANCONGAN (KAJIAN SEMULA)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,


Pada tahun 2012, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah membangunkan Standard Program: Hospitaliti dan Pelancongan sebagai rujukan dan panduan kepada pihak berkepentingan bagi membantu pembangunan program dalam bidang Hospitaliti dan Pelancongan. Berdasarkan kepada ketetapan prosedur dan kajian impak tehadap keberkesanan penggunaan standard program, dokumen ini telah melalui proses kajian semula supaya bersesuaian dengan keperluan semasa. Selain daripada itu, penjajaran juga dibuat selaras dengan Malaysian Qualifications Framework 2nd Edition (MQF) dan Code of Practice for Programme Accreditation 2nd Edition (COPPA).


Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan/puan untuk menyalurkan maklum balas bagi deraf tersebut dengan mengisi borang maklum balas sebelum atau pada 21 September 2018 (Jumaat).


  1. Rujukan Dokumen:
    Dokumen Standard Program: Hospitaliti dan Pelancongan

  2. Maklum Balas:
    Maklum Balas Terhadap Deraf Standard Program: Hospitaliti Dan Pelancongan (Kajian Semula)


Maklum balas tuan/puan akan dipertimbangkan dalam proses menambah baik deraf ini.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi:

  1. Puan Siti Fauziah Hasan - fauziahhasan@mqa.gov.my (03-7968 3325);
    atau
  2. Puan Norafizah Nasir - afizah@mqa.gov.my (03-7968 8094);


Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih..





Tarikh Kemaskini : 07 Sept 2018




  • AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
    Mercu MQA,
    No. 3539, Jalan Teknokrat 7,
    Cyber 5,
    63000 Cyberjaya, Selangor.

    +603 - 7968 7002
    (akreditasi@mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my