Pengumuman

SYARAT MENGEKALKAN STATUS AKREDITASI PENUH: AUDIT PEMATUHAN TERHADAP KEPERLUAN SISTEM JAMINAN KUALITI BAGI PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH MENDAPAT AKREDITASI PENUH

Kepada Semua Pemberi Pendidikan Tinggi,

Sebagaimana tuan sedia maklum, semua program yang telah mendapat akreditasi penuh perlu melalui audit pematuhan untuk mengekalkan status akreditasi penuh tersebut. Ia bertujuan untuk memastikan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) mematuhi dasar dan keperluan jaminan kualiti iaitu keperluan memenuhi Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA), Standard Program dan syarat-syarat khusus Akreditasi Penuh agar selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQF).

Sehubungan itu, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) akan melaksanakan audit pematuhan bagi memastikan status akreditasi penuh program tuan boleh dikekalkan seperti yang disebut di dalam Akta MQA (Akta 679). Untuk menjayakan audit ini, MQA memerlukan maklumat terkini dari pihak tuan tentang program yang ditawarkan di institusi tuan. Audit pematuhan ini akan dikenakan fi yang jumlah sebenarnya akan dimaklumkan kemudian.Sehubungan itu, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) akan melaksanakan audit pematuhan bagi memastikan status akreditasi penuh program tuan boleh dikekalkan seperti yang disebut di dalam Akta MQA (Akta 679). Untuk menjayakan audit ini, MQA memerlukan maklumat terkini dari pihak tuan tentang program yang ditawarkan di institusi tuan. MQA memohon kerjasama tuan untuk mengisi borang Audit Pematuhan Untuk Mengekalkan Status Akreditas Penuh. Audit pematuhan ini akan dikenakan fi yang jumlah sebenarnya akan dimaklumkan kemudian.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan:

Puan Norhana Sanot:

+603-7968 7134
Cik Junaidah Mohamad Aris:

+603-7968 4052

NOTE: Page only available in Malay version.

Untitled Document