Logo MQA


  • Huruf MQA yang terletak di tengah lingkaran sabit adalah simbolik kepada bulatan glob yang melambangkan pendidikan berkualiti tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

  • Imej glob yang membentuk huruf 'Q' membawa maksud sebuah organisasi jaminan kualiti pengajian tinggi yang berwibawa dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

  • Nama Agensi Kelayakan Malaysia dan Malaysian Qualifications Agency yang terletak di bawahnya adalah bagi menunjukkan sokongan padu ke arah kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia.

  • Warna merah menggambarkan suasana dinamik dan usaha yang gigih dan berterusan untuk mencapai pendidikan berkualiti.

  • Warna biru adalah sebagai tanda kemantapan, telus dan kesungguhan.

Untitled Document