
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menerima kunjungan rasmi dari University Grants Commission, Bangladesh pada 17 Julai 2012.
Semasa lawatan tersebut, delegasi dari Bangladesh ini telah diberi taklimat am berkenaan fungsi MQA dalam menjamin kualiti pengajian tinggi di Malaysia.
Lawatan tersebut berakhir dengan persetujuan kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam bidang jaminan kualiti pengajian tinggi.