
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sukacitanya mengalu-alukan kedatangan 8 orang pegawai dari Tentera Laut Diraja Oman MQA pada 3 Julai 2012.
Semasa lawatan tersebut, MQA berkongsi pengalaman mereka dalam jaminan kualiti pengajian tinggi di Malaysia dan pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF). Delegasi juga telah berkongsi secara ringkas tentang sistem pendidikan di Oman.
Lawatan berakhir dengan kedua-dua pihak berharap kepada kerjasama di masa depan dalam bidang-bidang kepentingan bersama.