Lawatan Rasmi Oleh Technical And Vocational Training Corporation, Arab Saudi Pada 30 Mei 2012

Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menerima lawatan dari 20 orang pegawai Technical and Vocational Training Corporation (TVTC), Arab Saudi pada 30 Mei 2012.

Lawatan tersebut adalah sebahagian dari program penempatan kerja selama 2 minggu anjuran Universiti Terbuka Malaysia. Sepanjang lawatan tersebut, MQA telah berkongsi pengalaman dalam menjamin kualiti pengajian tinggi di Malaysia. MQA juga berpeluang untuk mempelajari tentang jaminan kualiti bagi program teknikal dan vokasional di Arab Saudi.

Lawatan tersebut berakhir dengan harapan kedua-dua pihak untuk meneruskan kerjasama pada masa akan datang dalam bidang yang berkaitan.

Untitled Document