
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menerima kunjungan rasmi dari Dr. Abdurrahman Mohammed Fusayil, Atase Pendidikan Kedutaan Arab Saudi pada 29 Mei 2012.
Tujuan kunjungan rasmi tersebut adalah untuk meningkatkan kefahaman beliau tentang sistem pengajian tinggi khususnya amalan jaminan kualiti di Malaysia. Ini adalah selaras dengan peningkatan jumlah pelajar dari Arab Saudi yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Malaysia. MQA menyambut baik perkembangan positif ini dan berharap ini akan memperkukuhkan lagi hubungan Malaysia dengan Arab Saudi dalam bidang pengajian tinggi.
Kunjungan ini berakhir dengan persetujuan kedua-dua pihak untuk meneruskan kerjasama dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pelajar Arab Saudi.