
Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China (RRC) telah menandatangani "Framework Agreement to Facilitate Mutual Recognition in Academic Higher Education Qualifications" (Perjanjian Pendidikan Tinggi Malaysia-China) pada 28 April 2011.
Hasrat utama pemeteraian perjanjian ini adalah bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dan mobiliti pelajar di antara kedua-dua negara.
Bagi maksud pelaksanaan perjanjian tersebut, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menerima pakai satu senarai mengandungi 820 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) RRC. Sila klik di bawah untuk melihat senarai:
Kelayakan ijazah (sarjana muda, sarjana dan kedoktoran) yang dianugerahkan oleh IPT RRC ini adalah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Dalam pada itu, pemakaian pengiktirafan ini adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat semasa yang berkuatkuasa di IPT, badan profesional, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan di Malaysia.
Perjanjian Pendidikan Tinggi Malaysia-China ini berkuat kuasa enam (6) bulan selepas tarikh perjanjian ditandatangani.
Rujukan lanjut berkenaan kelayakan ijazah RRC boleh didapati dari:
i. Senarai IPT RRC:Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pelaksanaan Perjanjian Pendidikan Tingi Malaysia-China ini boleh dimajukan kepada:
Sistem Pengurusan Pertanyaan dan Aduan di alamatwww.mqa.gov.my/sppa