Pelawaan Pengisian Jawatan Secara Pinjaman Di Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)

Sukacita dimaklumkan bahawa MQA sedang mencari calon daripada pegawai perkhidmatan awam untuk mengisi jawatan pelbagai gred di MQA secara pinjaman. Jawatan berkenaan adalah sepertimana berikut:


Maklumat lanjut berkaitan jawatan di atas adalah seperti di lampiran. Sila klik pada gred jawatan.

Syarat-syarat pinjaman:
  • Peminjaman ini adalah tertakluk kepada peraturan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap.
  • Tempoh pinjaman adalah selama 2 tahun dan boleh dilanjutkan mengikut keperluan.
  • Peminjaman ini tertakluk kepada persetujuan dari agensi pembekal dan pihak berkuasa melantik yang berkenaan.
  • Pemilihan untuk pelantikan secara peminjaman ini adalah melalui proses tapisan; hanya pegawai yang sesuai dengan jawatan yang hendak diisi akan diberi pertimbangan.

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar melalui Ketua Jabatan di alamat berikut:

Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ

17, Jalan Yong Shook Lin

46050 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

(U.P.: Unit Perkhidmatan dan Perjawatan)

Sila klik di bawah untuk memuat turun borang permohonan dan lampiran.

Untitled Document