Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu
(Accreditation Of Prior Experiential Learning - APEL)

1. APA ITU...

PEMBELAJARAN TERDAHULU?

Berdasarkan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679), pembelajaran terdahulu bermaksud ilmu pengetahuan, kemahiran atau sikap yang diperoleh sebelumnya dan mencakupi pengalaman terdahulu.

AKREDITASI PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING - APEL)?

APEL didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

Oleh itu secara umumnya, proses APEL melibatkan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman. Pembelajaran ini boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termasuk persekolahan yang formal, pengalaman hidup dan pekerjaan, latihan, pengajian bebas, kerja sukarela, hobi dan lain-lain.

Antara contoh-contoh pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu termasuk ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperoleh melalui:

  • pengalaman kerja: sepenuh masa, separuh masa ataupun sambilan;
  • kerja sukarela dan kemasyarakatan;
  • tanggungjawab keluarga;
  • hobi atau kegiatan waktu lapang;
  • melatih dan membimbing orang lain;
  • menghadiri dan menyertai seminar, persidangan dan bengkel;
  • menghadiri kursus jangka pendek;
  • kefasihan dalam bahasa-bahasa lain;
  • pengajian persendirian dan penyelidikan; dan
  • sebarang pengalaman hidup yang lain.
2. KENAPA PERLU APEL?

APEL diwujudkan bagi menyediakan jalan kemasukan 'alternatif' kepada mereka yang tidak mempunyai kelayakan formal untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ia menggalakkan seseorang individu untuk meningkatkan pengetahuan secara berterusan yang membawa kepada sesuatu sijil kelayakan. Ini selanjutnya akan memberi peluang kepada individu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

3. BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Permohonan penilaian APEL hendaklah dibuat oleh individu (learners).

Jika anda berminat untuk memasuki program peringkat Ijazah Sarjana Muda menerusi APEL anda haruslah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Melepasi syarat kelayakan asas yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat; dan
  • Lulus dalam penilaian yang akan dijalankan oleh MQA iaitu menerusi penilaian Portfolio dan Aptitude Test.
4. DIMANA HARUS SAYA MULA DAN SIAPA YANG BOLEH MEMBANTU SAYA?

Jika anda telah melepasi syarat i) dan ii) seperti dinyatakan di atas, anda bolehlah mendapatkan penerangan berkenaan proses selanjutnya daripada pegawai-pegawai di bawah. Mereka sedia membantu anda!

Puan Mazlinawati Mohamed:

+603-7968 3293
mazlinawati[at]mqa.gov.my
Cik Enda Nurwani Ngah Deman:

+603-7954 5124
endanurwani[at]mqa.gov.my
Untitled Document