Majlis Agensi Kelayakan Malaysia

Majlis Agensi Kelayakan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) mempunyai fungsi berikut:

  • meluluskan rancangan dan dasar bagi pengurusan Agensi;
  • meluluskan apa-apa pindaan atau pengemaskinian Kerangka Kelayakan Malaysia;
  • meluluskan dasar dan garis panduan yang berhubungan dengan akreditasi program, kelayakan atau pemberi pendidikan tinggi atau audit institusi;
  • meluluskan sebarang perkara yang berhubungan dengan fungsi, kuasa, kewajipan, saraan, elaun, honorarium, faedah dan tatakelakuan pegawai, pekerja, ejen dan pakar perunding Agensi;
  • menerima dan mengawasi laporan, penyata, pernyataan dan sebarang maklumat lain yang berhubungan dengan akreditasi, audit institusi dan penilaian;dan
  • melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan fungsinya di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007.

Keahlian Majlis MQA adalah seperti berikut:

  1. Pengerusi;
  2. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia;
  3. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi atau wakilnya;
  4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau wakilnya;
  5. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia atau wakilnya;
  6. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam atau wakilnya;
  7. Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidikan Tinggi atau wakilnya;
  8. seorang wakil pemberi pendidikan tinggi awam
  9. seorang wakil pemberi pendidikan tinggi swasta; dan
  10. lapan orang anggota lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan khas, pengalaman dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan tinggi atau pekerjaan, sekurang- kurangnya dua orang daripadanya hendaklah daripada badan profesional

Ahli-ahli Majlis adalah dilantik oleh Y. B. Menteri kecuali ahli di bawah perenggan (ii) hingga (vii).