|
Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk
menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian
Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT)
menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas
jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam
dan swasta.
Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan
Malaysia (Malaysian Qualifications Agency,
MQA)
telah
ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta
Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian
Tinggi pada 2 November 2007.
Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka
Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework,
MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian
tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan
kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang
menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi
pendidikan tinggi negara.
Berikutan penubuhan MQA, LAN telah dibubarkan dan
kakitangannya diserapkan ke dalam MQA.
Dengan visi untuk menjadi organisasi jaminan kualiti
pengajian tinggi yang berwibawa dan diiktiraf di peringkat
antarabangsa dan misi untuk memberi keyakinan kepada pihak
berkepentingan melalui amalan bijak jaminan kualiti
pengajian tinggi, MQA kini telah bersedia untuk menerokai
sempadan-sempadan baru dalam jaminan kualiti pengajian
tinggi.

Sebagai badan jaminan kualiti, MQA berfungsi seperti
berikut:
|
(i) |
Melaksanakan MQF sebagai titik rujukan
kelayakan Malaysia; |
|
(ii) |
Membangunkan kriteria dan standard
sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan
dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan; |
|
(iii) |
Menjamin kualiti institusi-institusi
pengajian tinggi dan program-program; |
|
(iv) |
Memberi perakuan akreditasi kepada
program-program yang memenuhi kriteria dan standard yang
ditetapkan; |
|
(V) |
Memudah cara pengiktirafan dan
penyetaraan kelayakan; dan |
|
(vi) |
Mengendalikan Daftar
Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Register, MQR) |

Penubuhan MQA dan pelaksanaan MQF akan memberi manfaat
kepada pengajian tinggi negara dan pembangunan insan amnya.
Secara ringkas, sumbangan MQA dan faedah dari pelaksanaan MQF adalah seperti yang digambarkan di bawah:
|