|
Ruj. Kami : LAN 07/Jld.2 (23)
Tarikh :15hb. Mac 2004
Semua Ketua Eksekutif
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
Tuan,
SURAT MAKLUMAN LAN BIL 2/2004:
Penilaian Penentuan Pencapaian Standard Minimum
______________________________________________________________
Adalah dengan
hormatnya saya menarik perhatian tuan kepada perkara tersebut di
atas.
|
2.
|
Akta IPTS 1996 Seksyen 44 (1)
menetapkan bahawa "semua sijil, diploma dan ijazah
institusi pendidikan tinggi swasta hanya boleh dianugerahkan
apabila mencapai tahap minimum yang ditentukan oleh pihak
berkuasa….". Selaras dengan ketetapan perundangan ini,
semua kursus pengajian yang telah mendapat kelulusan
pengendalian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
mesti lulus penilaian Standard Minimum sebelum dibenarkan
menganugerahkan sijil/diploma/ijazah kepada pelajarnya.
Kegagalan mendapat Standard Minimum boleh menyebabkan kelulusan
pengendalian kursus pengajian tersebut diperakukan kepada
Menteri untuk ditarik balik atau boleh menjejaskan
kursus pengajian berkenaan untuk mendapat pembaharuan
kelulusan setelah tamat tempoh sah laku kelulusan
pengendalian yang diberikan.
|
|
3.
|
Adalah
dimaklumkan juga bahawa hanya kursus pengajian yang telah matang
iaitu yang telah dikendalikan dalam tempoh yang
tertentu sahaja yang akan dibuat penilaian Standard Minimum.
Tempoh matang kursus pengajian adalah mengikut peringkat
seperti berikut:
-
Sijil dan
Sarjana
selepas 1 semester pengendalian
-
Diploma
& Sarjana Muda
selepas 4 semester pengendalian
-
Ph.D
selepas 1 tahun pengendalian
|
|
4.
|
Sehubungan dengan
itu, adalah menjadi tanggungjawab institusi pendidikan
tinggi swasta (IPTS) untuk membuat permohonan penilaian
Standard Minimum kepada Lembaga Akreditasi Negara (LAN) bagi
kursus pengajian yang telah matang dengan menggunakan borang
seperti di
LAMPIRAN
[Format .doc]. Perkara ini juga selaras dengan
syarat kelulusan pengendalian yang dikenakan kepada semua
kursus pengajian.
|
|
5.
|
Surat makluman
ini dikeluarkan sebagai pelengkap kepada syarat-syarat
kelulusan sedia ada yang dikenakan terhadap setiap kursus
pengajian. Oleh itu, IPTS tidak akan lagi menerima sebarang
surat peringatan daripada LAN untuk membuat permohonan
penilaian Standard Minimum bagi kursus pengajian yang
ditawarkan.
|
|