Bahagian Standard dan Rujukan Kelayakan,
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Tingkat 7A, Menara PKNS-PJ,
No. 17, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya,
Selangor,
MALAYSIA.
Akreditasi MQA
merupakan antara faktor utama yang diberi perhatian oleh pelajar
antarabangsa dalam menentukan pilihan mereka untuk mengikuti pengajian
tinggi di negara ini. Pihak berkuasa dalam pengajian tinggi di luar
negara yang berpotensi menghantar pelajar ke negara ini turut
menekankan kepada program yang telah diakredit dan diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia sebelum membuat keputusan menghantar pelajar tajaan
mereka menyambung pengajian di sini.
Penghasilan daftar MQR
ini adalah satu inisiatif yang dapat membantu para pelajar, ibu bapa,
agensi-agensi dana pendidikan dan majikan untuk memperoleh maklumat
mengenai program pengajian dan kelayakan yang berkualiti di institusi
pengajian tinggi Malaysia. Maklumat yang tepat yang boleh didapati
daripada Daftar Kelayakan ini sangat penting bagi membantu mereka
membuat keputusan yang betul di samping dapat mengelak masalah. Selain
itu, ia juga boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang.
MQA
Bagi para pelajar,
adalah elok diketahui dengan jelas sama ada sesuatu program pengajian
itu mendapat perakuan akreditasi MQA atau tidak sebelum membuat
keputusan untuk melanjutkan pelajaran atau mengambil program pengajian
tertentu di mana-mana institusi pengajian tinggi. Ini penting kerana
program pengajian yang diperakukan MQA memiliki kelebihan tersendiri
seperti peluang penajaan dari badan-badan penaja, peluang melanjutkan
pengajian ke institusi pengajian tinggi terkemuka dengan pindahan
kredit dan pertimbangan untuk berkhidmat di sektor awam. Malahan pihak
majikan di sektor swasta turut menekankan kepada kursus yang telah
diberi perakuan akreditasi MQA bagi maksud pengambilan calon pekerja
mereka.
Akhir kata, saya
berharap maklumat dalam MQR ini akan dimanfaatkan oleh semua pihak
berkepentingan dalam dunia pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Sekian, terima kasih.
“DAHULUKAN KUALITI”
DATO’ DR. SYED AHMAD HUSSEIN
Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi Kelayakan
Malaysia
5 Januari 2008
Salam sejahtera,
Saya bersyukur kerana
Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR)
telah berjaya dibangunkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Agency, MQA).
Daftar Kelayakan
Malaysia atau MQR adalah satu daftar yang menyenaraikan semua
kelayakan yang telah mendapat akreditasi MQA. Daftar ini sangat
penting kerana ia akan menjadi rujukan bagi semua program pengajian
dan kelayakan yang telah diakredit. Ia juga akan menjadi rujukan bagi
pemindahan kredit antara program pengajian dan kelayakan kerana
pemindahan kredit hanya boleh berlaku di antara program yang telah
diakredit.
Akreditasi adalah
status atau tahap tertinggi dalam penilaian kualiti sesuatu kelayakan
yang dijamin-kualiti oleh MQA. Status akreditasi ini akan menjadi asas
kepada pihak-pihak lain untuk mengiktiraf program dan kelayakan
tersebut bagi tujuan-tujuan yang pelbagai. Sebagai contoh, Jabatan
Perkhidmatan Awam akan menggunakan status akreditasi seperti yang
disenaraikan di dalam MQR bagi mengiktiraf kelayakan terbabit untuk
tujuan berkhidmat dalam kerajaan.
Maklumat lanjut
mengenai program yang telah diakreditkan boleh didapati dengan
melayari portal MQR di http://www.mqa.gov.my/mqr
Saya menyeru kepada
institusi pengajian tinggi agar terus berusaha meningkatkan tahap
kualiti program pengajian yang ditawarkan sehingga mendapatkan
perakuan akreditasi MQA. Selain meningkatkan nilai dan reputasi
institusi masing-masing, komitmen ini juga menunjukkan tanda sokongan
tuan-tuan terhadap dasar negara untuk menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan tinggi serantau.
footer
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi
Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang
diperolehi
daripada laman web ini.