Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti,
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
No. 17, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya,
Selangor,
MALAYSIA.
Perakuan Akreditasi merupakan satu perakuan rasmi bahawa
sesuatu sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan
mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh
(Malaysian Qualifications Agency, MQA) dan selaras dengan
Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Framework, MQF).
Program yang telah memperoleh Perakuan Akreditasi sahaja layak
menggunakan perkataan 'Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA)' atau bentuk kenyataan lain dengan maksud yang sama dalam
iklan dan tawaran kursus mereka.
Status Akreditasi yang diberikan oleh MQA memiliki beberapa
kelebihan tersendiri. Selain ia menjadi tanda aras kualiti program
pengajian yang diikuti oleh para pelajar, ia juga memberi manfaat
lain seperti berikut:
i.
Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan antaranya seperti layak
dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan
seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);
ii.
Memudahkan pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat dan
keputusan muktamad institusi terbabit;
iii.
Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi tempatan atau
luar negara;
iv.
Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain
itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah
mendapat akreditasi dalam membuat pengambilan pekerja mereka; dan/atau
v.
Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi
lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi
Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang
diperolehi
daripada laman web ini.