Bahagian Standard dan Rujukan Kelayakan,
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Tingkat 7A, Menara PKNS-PJ,
No. 17, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya,
Selangor,
MALAYSIA.
Mesyuarat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Disember 2005
telah bersetuju dengan pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualifications Framework atau MQF) sebagai landasan sistem
jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan standard dan
kriteria program pengajian.
MQF merupakan alat
yang membangun dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set
kriteria yang dipersetujui kebangsaan dan ditanda aras amalan
antarabangsa yang menjelaskan tahap-tahap pembelajaran yang dicapai,
hasil pembelajaran bidang pengajian dan sistem kredit yang berasaskan
beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini diguna pakai bagi semua
kelayakan yang dianugerah pembekal pendidikan tinggi yang diiktiraf ,
justeru MQF menyatupadukan semua kelayakan negara.
MQF juga menyediakan
laluan-laluan pendidikan yang menghubung kait kelayakan di dalamnya
secara sistematik bagi membolehkan individu memajukan diri dalam
pendidikan tinggi. Ini dilakukan melalui pemindahan kredit dan
pengiktirafan pengetahuan terkumpul (accreditation of prior learning)
yang diperoleh daripada pendidikan formal, informal dan tak formal
tanpa mengambilkira masa dan tempat, dalam konteks pembelajaran
sepanjang hayat.
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi
Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang
diperolehi
daripada laman web ini.