Header
   
 

English Version    

 

Akreditasi

Perakuan Akreditasi merupakan satu perakuan rasmi bahawa sesuatu sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh (Malaysian Qualifications Agency, MQA) dan selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

Program yang telah memperoleh Perakuan Akreditasi sahaja layak menggunakan perkataan 'Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)' atau bentuk kenyataan lain dengan maksud yang sama dalam iklan dan tawaran kursus mereka.

Status Akreditasi yang diberikan oleh MQA memiliki beberapa kelebihan tersendiri. Selain ia menjadi tanda aras kualiti program pengajian yang diikuti oleh para pelajar, ia juga memberi manfaat lain seperti berikut:

 

i.

Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan antaranya seperti layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);

 

ii.

Memudahkan pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat dan keputusan muktamad institusi terbabit;

 

iii.

Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi tempatan atau luar negara;

 

iv.

Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam membuat pengambilan pekerja mereka; dan/atau

 

v.

Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

 
   Sumber: www.mqa.gov.my
   
footer

  

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang diperolehi
daripada laman web ini.
  

  Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024x768 piksel
 Hak Cipta Terpelihara © 2009 - Daftar Kelayakan Malaysia, MQA -