1) |
Apakah
kaitan program yang diakreditkan dengan pendaftaran dalam Daftar
Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR)? |
|
2) |
Adakah
semua program IPTA dan IPTS akan didaftarkan dalam MQR? |
3) |
Apakah
kelebihan program yang diakreditkan dan pendaftaran dalam Daftar
Kelayakan Malaysia (MQR)? |
|
4) |
Saya
ingin mengetahui mengenai program yang telah diakredit oleh MQA.
Bagaimana saya mencari maklumat ini? |
5) |
Bagaimana
saya mengetahui samada sesuatu program telah melalui proses
jaminan kualiti? |
6) |
Terdapat
maklumat mengenai tempoh sahlaku. Apa yang dimaksudkan? |
7) |
Mengapa
ada kelayakan yang telah tamat tempoh sahlakunya dan tidak
diperbaharui tempohnya? |
|
8) |
Saya
sedang mengikut sesuatu program di sebuah institusi. Kenapa
kelayakan tersebut tidak terdapat dalam MQR? |
|
9) |
Adakah
kelayakan yang terdapat dalam MQR akan diiktiraf oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan profesional? |
10) |
Adakah
program institusi luar negara yang ditawarkan oleh institusi
tempatan terdapat dalam
MQR? |
11) |
Bagaimana
saya dapat memberi maklum balas mengenai MQR? |
| |
|
|
Untuk Pemberi Pendidikan Tinggi : |
|
1) |
Kami
sedang menjalankan beberapa program. Bagaimana kami memohon untuk
mendapat perakuan akreditasi dan kelayakan itu didaftar dalam MQR? |
|
2) |
Program
yang kami jalankan telahpun diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam atau badan profesional. Bagaimana kami memohon untuk
daftarkan kelayakan itu dalam MQR? |
| |
|
|
Untuk Majikan dan
Pihak Berkepentingan : |
1) |
Bagaimana
saya dapat memastikan bahawa sesuatu kelayakan pelajar diakredit
dan didaftarkan dalam MQR? |
| |
|
| |
|
|
Jawapan |
| |
|
| Untuk
Pelajar : |
1) |
Apakah kaitan program yang diakreditkan dengan
pendaftaran dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Register, MQR)? |
| |
Mengikut Akta Agensi Kelayakan
Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) 2007, semua program yang telah diakreditkan oleh
MQA akan didaftarkan dalam MQR. |
2) |
Adakah semua program IPTA dan IPTS akan didaftarkan
dalam MQR? |
| |
Semua program IPTS yang telah
diakreditkan oleh MQA akan didaftarkan dalam MQR. Untuk program
IPTA, semua program yang telah mendapat pengiktirafan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan profesional akan dimasukkan
dalam MQR. |
3) |
Apakah kelebihan program yang diakreditkandan
pendaftaran dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR)? |
| |
Kelebihannya adalah seperti berikut: |
|
|
program telah melalui proses jaminan kualiti iaitu ia
selaras dengan standard dan kriteria yang ditetapkan dan
mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework,
MQF). Sila rujuk kepada
maklumat mengenai Sistem Jaminan Kualiti di laman web MQA
http://www.mqa.gov.my/sjk.cfm
memudahkan pemindahan kredit
membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran di institusi
tempatan atau luar negara
membolehkan pelajar dipertimbangkan untuk pelantikan ke
perkhidmatan awam
memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan
|
|
4) |
Saya ingin mengetahui mengenai program yang telah
diakredit oleh MQA. Bagaimana saya mencari maklumat ini? |
|
|
Maklumat tersebut boleh dicari dengan
melayari portal MQR. Terdapat pelbagai cara untuk mencari maklumat
yang dikehendaki. Sila rujuk kepada panduan berikut: |
|
|
5) |
Bagaimana saya mengetahui samada sesuatu program
telah melalui proses jaminan kualiti? |
ke atas |
| |
Semua kelayakan yang terkandung dalam
MQR telah melalui proses jaminan kualiti samada oleh MQA ataupun
badan yang diiktiraf. |
6) |
Terdapat maklumat mengenai tempoh sahlaku. Apa
yang dimaksudkan? |
| |
Di bawah Akta Lembaga Akreditasi
Negara (LAN) 1996, semua program (kecuali program profesional)
yang diakredit mempunyai tempoh sah laku perakuan akreditasi
selama 5 tahun. Tempoh sah laku untuk program profesional adalah
ditentukan oleh badan profesional yang berkenaan. Pihak pemberi
pendidikan tinggi perlu memohon pembaharuan perakuan akreditasi
setelah tamat tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, program yang diakredit di bawah
Akta MQA 2007 tidak akan mengandungi tempoh sahlaku. Sebaliknya
tarikh mula akreditasi akan dicatitkan dalam MQR. Sekiranya
program tersebut dibatalkan akreditasi, tarikh pembatalan akan
dinyatakan. |
7) |
Mengapa ada kelayakan yang telah tamat tempoh
sahlakunya dan tidak diperbaharui tempohnya? |
| |
Ada beberapa kemungkinan: |
|
|
program tidak lagi ditawarkan oleh pemberi pendidikan tinggi
program tidak diperbaharui perakuan akreditasi atas alasan
tertentu.
proses pembaharuan perakuan akreditasi belum selesai.
|
|
8) |
Saya sedang mengikut sesuatu program di sebuah
institusi. Kenapa kelayakan tersebut tidak terdapat dalam MQR? |
|
|
Ini bermakna program tersebut belum
atau tidak diakreditkan oleh MQA. Ini mungkin kerana beberapa
sebab: |
|
|
program ini baru dimulakan dan
belum sampai masa untuk penilaian akreditasi oleh MQA. Penilaian
akreditasi akan dijalankan apabila pelajar kohort pertama berada
dalam tahun akhir pengajian.
pendaftaran dalam MQR adalah
sukarela dan terpulang kepada sesuatu institusi untuk memohon.
|
|
9) |
Adakah kelayakan yang terdapat dalam MQR akan
diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan
profesional? |
ke atas |
|
|
Terdapat perbezaan antara akreditasi
dan pengiktirafan. Semua kelayakan yang terdapat dalam MQR adalah
diakreditkan oleh MQA. Pengiktirafan oleh JPA atau badan
profesional adalah di bawah bidangkuasa pihak yang berkenaan.
Walau bagaimanapun, MQA berkerjasama rapat dengan JPA dan badan
profesional yang lain dan pada kebiasaannya, program yang
diakreditkan akan juga diiktiraf oleh badan yang berkenaan. Pihak
tuan perlu merujuk kepada badan yang berkaitan untuk pengesahan. |
10) |
Adakah
program institusi luar negara yang ditawarkan oleh institusi
tempatan terdapat dalam MQR? |
| |
Pada umumnya, semua program yang
telah diakredit oleh MQA akan dimasukkan dalam MQR. Institusi
tempatan akan memohon kepada MQA untuk program diakreditkan dan
dimasukkan dalam MQR. Ini termasuk program yang ditawarkan melalui
institusi tempatan dengan kerjasama
institusi luar negara dan juga program institusi luar negara yang
ditawarkan oleh kampus cawangannya di sini. |
11) |
Bagaimana saya dapat memberi maklum balas
mengenai MQR? |
| |
Sebarang cadangan dan maklum balas
adalah dialu-alukan. Sila telefon 03-7968 8821 atau 03-7968-7076
atau emel mqr@mqa.gov.my. |
| |
|
|
Untuk Pemberi Pendidikan Tinggi : |
|
1) |
Kami
sedang menjalankan beberapa program. Bagaimana kami memohon
untuk mendapat perakuan akreditasi dan kelayakan itu didaftar
dalam MQR? |
|
|
Pada umumnya, penilaian perakuan
akreditasi akan dijalankan apabila kohort pelajar berada ditahun
akhir pengajian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada
bahagian Garispanduan dan Borang di laman web MQA http://www.mqa.gov.my/garispanduan.cfm
. Pihak tuan juga boleh menghubungi kami melalui telefon
03-79687002 atau emel akreditasi@mqa.gov.my untuk sebarang
pertanyaan atau menghadiri sesi bimbingan. |
2) |
Program
yang kami jalankan telahpun diiktiraf oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam atau badan profesional. Bagaimana kami memohon
untuk daftarkan kelayakan itu dalam MQR? |
ke atas |
| |
Sila hubungi berikut untuk mendapatkan
keterangan lanjut: |
| |
Bahagian
Standard dan Rujukan Kelayakan
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Tingkat 7A, Menara PKNS-PJ
No 17, Jalan Yong Shook Lin
46050 Petaling Jaya
No tel: +603-79688821 atau +603-79687076
Faks: +603-79549215
Emel: zainon@mqa.gov.my atau hazirah@mqa.gov.my |
| |
|
|
Untuk Majikan dan
Pihak Berkepentingan : |
|
1) |
Bagaimana saya dapat memastikan bahawa sesuatu
kelayakan pelajar diakredit dan didaftarkan dalam MQR? |
ke atas |
|
|
MQR memberi kemudahan carian melalui
pelbagai cara untuk pihak berkepentingan mendapat maklumat
mengenai sesuatu kelayakan. Sila rujuk kepada bahagian
Carian di
dalam portal MQR http://www.mqa.gov.my/mqr/index.htm dan semakan
boleh dibuat melalui pelbagai kata kunci (keyword) contohnya Nama
Kelayakan, Nama IPT, bidang dan sebagainya. |
| |
|