Header

   
   
   
   
   

wwwwww.mqa.gov.my

Menu Left

English

HALAMAN UTAMA

Tarikh:
Masa:  

  


Tarikh akhir kemaskini:

 

 

Kerangka Kelayakan Malaysia

 

Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) (Malaysian Qualifications Framework, MQF) adalah deklarasi Malaysia tentang kelayakan-kelayakan tempatan dan kualiti yang dimiliki oleh kelayakan-kelayakan tersebut.

KKM merupakan instrumen yang membangun dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras dengan amalan antarabangsa dan menjelaskan tahap pembelajaran, hasil pembelajaran dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini diterima dan diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi. Justeru KKM mengintegrasi dan menghubungkan semua kelayakan negara.

KKM juga menyediakan laluan-laluan pendidikan yang menghubungkaitkan kelayakan-kelayakan secara sistematik. Ini membolehkan individu memajukan diri dalam pendidikan tinggi melalui pemindahan kredit dan pengiktirafan pengalaman-pembelajaran terkumpul (accreditation of prior experiental learning) yang diperoleh daripada pembelajaran formal, tidak formal dan informal tanpa mengira masa dan tempat, dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat.

 

footer

  

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang diperolehi
dari laman web ini.
  

 Hubungi Kami | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Agensi Kelayakan Malaysia  
 

Agensi Kelayakan Malaysia, Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
No. Tel : +603 - 7968 7002

 
Paparan terbaik menggunakan Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768 piksel.