STANDARD Program Undang-undang dan Syariah ini diformulasi bagi membantu pembangunan dan penjanaan program-program akademik dalam bidang tersebut pada tahap Diploma hingga Ijazah Kedoktoran. Ia merangkumi panduan spesifik bagi Matlamat dan Objektif Program, Hasil Pembelajaran Program, Reka Bentuk Program (termasuk Cadangan Struktur Program), Penilaian Pelajar, Staf Akademik, Sumber Pendidikan dan Penambahbaikan Berterusan.
Panel pakar yang terlibat dalam pembangunan standard program ini mewakili pelbagai pihak berkepentingan termasuklah agensi kerajaan dan swasta serta pemberi pendidikan tinggi. Bagi memastikan penerimaan sepenuhnya, dokumen standard program ini telah dibentangkan dalam bengkel pihak berkepentingan yang telah diadakan pada 6 Disember 2007. Pandangan umum telah diteliti dan digabungkan dalam penghasilan dokumen akhir standard program tersebut.
Dokumen berharga RM 10.00 ini boleh didapati kaunter khidmat pelanggan MQA Tingkat 14B Menara PKNS-PJ, No.17 Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor atau emel kepada norasri@mqa.gov.my untuk pembelian menerusi pos.
Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.