The Official Website of Malaysian Qualifications Agency (MQA)

blue background red background green background refresh small font big font bookmark rss feed Versi Mobil

Untitled Document

Buku Kod Amalan Akreditasi Program, COPPA


Big ImageBuku Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation) diterbitkan sebagai panduan utama kepada pemberi pengajian tinggi, para penilai jaminan kualiti, para pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA), penggubal polisi, badan-badan profesional, dan mereka yang mempunyai kepentingan di dalam bidang pengajian tinggi.

Buku ini mengandungi ringkasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia. Ia memberi panduan kepada pembaca tentang sembilan kriteria penilaian bagi tujuan jaminan kualiti serta dua tahap standard yang memperkukuhkannya iaitu standard yang ditanda aras dan standard yang lebih baik. Buku ini turut menjadi panduan bagi penyediaan dokumen permohonan Akreditasi Provisional dan Akreditasi Penuh oleh institusi pengajian tinggi dan panduan kepada panel penilai semasa proses penilaian Akreditasi program.

Kandungan buku ini sebenarnya turut dibangunkan dengan membawa masuk amalan bijak yang telah diamalkan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi dan Lembaga Akreditasi Negara, LAN (kini MQA) berdasarkan input yang telah diberikan pakar dan mereka yang berkepentingan di dalam bidang pengajian tinggi menerusi beberapa siri perbincangan kumpulan fokus. Ia juga telah ditanda aras dengan amalan bijak antarabangsa.

Klik di bawah untuk muat turun COPPA (versi Bahasa Inggeris).

Muat Turun
COPPA (Versi Bahasa Inggeris)

Borang mengikut format COPPA:

  • MQA-01: Programme Information
  • MQA-02: Programme Information and Self-Review Report
  • Untitled Document

    Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan

    Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
    tel+603 - 7968 7002 | fax+603 - 7956 9496 | webadminemailmqa.gov.my

    Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.