The Official Website of Malaysian Qualifications Agency (MQA)

blue background red background green background refresh small font big font bookmark rss feed Versi Mobil

Untitled Document

Buku Kod Amalan Audit Institusi, COPIA (Edisi Kedua)


Big ImageBUKU Kod Amalan Audit Institusi (Code of Practice for Institutional Audit, COPIA) diterbitkan sebagai panduan utama kepada pemberi pendidikan tinggi, para juru audit jaminan kualiti, para pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), penggubal polisi, badan-badan professional dan mereka yang mempunyai kepentingan di dalam bidang pengajian tinggi. Buku ini mengandungi ringkasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia. Ia memberi panduan kepada pembaca tentang sembilan kriteria penilaian bagi tujuan jaminan kualiti serta dua tahap standard yang memperkukuhkannya iaitu standard yang ditanda aras dan standard yang lebih baik. Dalam masa yang sama, dokumen ini turut menjadi panduan bagi proses audit kualiti dalaman yang bakal dijalankan institusi dan proses audit kualiti luar oleh para juru audit yang dilantik sebagai panel MQA. Ia turut merangkumi jadual lawatan audit dan garis panduan untuk menghasilkan laporan bertulis.

Kandungan buku ini sebenarnya turut dibangunkan dengan membawa masuk amalan bijak yang telah diamalkan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi dan Lembaga Akreditasi Negara, LAN (kini MQA) berdasarkan input yang telah diberikan pakar dan mereka yang berkepentingan di dalam bidang pengajian tinggi menerusi beberapa siri perbincangan kumpulan fokus. Ia juga telah ditanda aras dengan amalan bijak antarabangsa.

Edisi Kedua COPIA telah diterbitkan pada Februari 2009. Perbandingan standard dan kriteria dalam sembilan aspek penilaian jaminan kualiti Edisi Pertama dan Kedua adalah seperti berikut:

Muat Turun
COPIA - Perbandingan Standard Dan Kriteria Dalam Sembilan Aspek Penilaian Jaminan Kualiti Edisi Pertama Dan Kedua


Klik di bawah untuk muat turun COPIA Edisi Kedua (versi Bahasa Inggeris).

Muat Turun
COPIA Edisi Kedua (Versi Bahasa Inggeris)

Buku COPIA ini juga boleh dibeli di MQA Tingkat 14B Menara PKNS-PJ, No. 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia pada harga RM15.00.

 

Borang mengikut format COPIA:

  • MQA-03: Self-Review Portfolio
  • Untitled Document

    Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan

    Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
    tel+603 - 7968 7002 | fax+603 - 7956 9496 | webadminemailmqa.gov.my

    Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.