header
   
   
Tarikh :
Masa :  

Menu Left Akreditasi Provisional



 
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ
17, Jalan Yong Shook Lin
46050 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
 
No. Tel : +603 - 7968 7002
No. Faks : +603 - 7956 9496
E-mel : akreditasi@mqa.gov.my
 
Maklumat adalah sah berdasarkan data pada tarikh : 23-02-2010
 
   
  

AKREDITASI PROVISIONAL bermaksud fasa awal penilaian yang menuju kepada Akreditasi Penuh. Ia bertujuan untuk membantu dan mempermudah IPTS mendapat akreditasi bagi program yang telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan syarat ia mengekalkan kualiti dan standard yang ditetapkan semasa penilaian Akreditasi Provisional.

 

Sejak Julai 2006 lalu, LAN telah memperkenalkan penilaian Akreditasi Provisional ini bagi membantu mempermudah para pelajar yang mengikuti kursus pengajian di IPTS mendapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

 

Akreditasi Provisional ini tidak bermaksud menggantikan pencapaian Standard Minimum yang membolehkan IPTS menganugerahkan kelayakan akademik kepada para pelajar seperti yang disyaratkan di bawah akta IPTS 1996. Ia juga tidak bermaksud kursus pengajian tersebut telah mendapat Akreditasi Penuh yang boleh dijadikan asas pengiktirafan oleh mana-mana pihak berkepentingan.

 

Penilaian untuk AKREDITASI PENUH dijalankan apabila pelajar kohort pertama berada di tahun akhir pengajian. Penilaian ini melibatkan penyemakan dokumen dan juga lawatan selama 3 hari ke IPTS oleh panel penilai yang pakar dalam bidang berkaitan.

  
footer

  

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang diperolehi
dari laman web ini.
  

  Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 piksel.
  © Hak Cipta Terpelihara 1998- Lembaga Akreditasi Negara © Hak Cipta Terpelihara Agensi Kelayakan Malaysia