Header
   
   
   
   
   

wwwwww.mqa.gov.my

Menu Left

Bahasa Malaysia

HOME

Date :
Time :  

 

JOB VACANCY


JOB VACANCY ON LOAN BASIS AT MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)

 

ANNOUNCEMENT


Please be informed, effective from 1st of June 2009 the issuance of LAN’s sticker has been terminated.

In order to verify the status of accredited qualifications, the higher education institutions are advised to inform their graduates to refer to the Malaysian Qualifications Register.

Please click here to obtain the official letter from MQA regarding the above matter.
 

Last updated on:

 

 


Syukur Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat kita bersama-sama hadir di majlis yang sememangnya telah sekian lama kita nanti-nantikan. Transisi Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ke Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) adalah suatu perkembangan yang bersejarah dalam evolusi pendidikan tinggi negara.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato’ Syed Ahmad Hussein sebentar tadi, usaha membangunkan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Rang Undang-undang MQA telah mengambil masa yang panjang dan telah melibatkan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan tinggi negara.

Beberapa siri bengkel dan seminar telah diadakan sejak 2002 lagi untuk mendapatkan kemuafakatan nasional tentang kerangka kelayakan kebangsaan sebagai rujukan mengenai reka bentuk pengajian tinggi negara. Bermula dengan Seminar Kajian Awal Kelayakan-kelayakan Pendidikan Tinggi di Malaysia yang dianjurkan oleh LAN pada 26 Februari 2002, ia diikuti pula dengan siri konsultasi nasional dan percambahan fikiran yang meluas di bawah seliaan bersama LAN dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi sepanjang 2004 – 2005.

 

Pada 21 Disember 2005, Kabinet telah merestui pelaksanaan MQF dan  penubuhan MQA melalui gabungan LAN dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi. Kabinet

juga mengarahkan agar akta yangberkaitan dibawa untuk kelulusan Parlimen dan akta-akta lain dipinda di mana perlu untuk menyokong penubuhan MQA dan pelaksanaan MQF.

 

Sesungguhnya pembangunan MQF dan penubuhan MQA telah dirancang dengan teliti dan dengan konsultasi yang menyeluruh untuk memastikan agar pelaksanaan MQF akan diterima ramai. Ini penting kerana kita mahu ia memberi manfaat yang langsung kepada nilai dan kualiti pengajian tinggi Malaysia dan kepada pembangunan modal insan dan kemajuan negara.

 

Pada hari ini, secara rasminya kita kini memiliki sebuah agensi tunggal yang akan menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara baik bagi sektor awam mahupun swasta. Pada masa yang sama, kita juga memiliki satu kerangka kelayakan rasmi yang menyatupadu dan mengklasifikasikan secara teratur dan rapi semua kelayakan pengajian tinggi negara.

 

 

Harus saya tekankan di sini bahawa MQA bukan menggantikan LAN. Penubuhan MQA juga bukan satu rebranding exercise atau menjenamakan semula LAN. MQA adalah satu kesinambungan, pengembangan dan pengluasan fungsi, tanggungjawab dan tugas jaminan kualiti dan akreditasi pengajian tinggi yang telah dilaksanakan oleh LAN sejak 10 tahun lalu.

 

LAN telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang. Secara peribadi saya melihat tiga kejayaan penting yang dicapai oleh LAN di bawah kepimpinan empat orang Pengerusi/Ketua Eksekutifnya bermula dengan Profesor Dato’ Dr. Mohamed Suleiman, Profesor Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, dan Profesor Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed Yasin hinggalah ke era pimpinan Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein bermula Julai tahun ini.

·         Pertama, LAN telah berjaya membersihkan sistem pendidikan tinggi swasta daripada beberapa unsur tidak sihat yang mencemar kualiti. Misalnya amalan menganugerahkan diploma dalam tempoh sesingkat enam bulan atau penawaran program tanpa persiapan yang mencukupi. Seiring itu juga, LAN telah membina asas-asas utama kepada kerangka kelayakan kebangsaan melalui pelaksanaan jam kredit minimum dan pembentukan piawaian dan kriteria serta penetapan ciri-ciri khusus dan wajib bagi kelayakan di setiap peringkat sijil, diploma dan ijazah.

 

·         Kedua, kegigihan LAN membangunkan sistem jaminan kualiti mengikut cara kita sendiri yang setanding dengan amalan bijak antarabangsa. Saya sangat sedar tentang penglibatan aktif LAN dalam perbicaraan kualiti (quality conversations) di forum-forum antarabangsa dan sering menjadi rujukan kepada negara-negara di rantau ini yang berusaha membangunkan sistem jaminan kualiti dan kerangka kelayakan kebangsaan masing-masing.

 

·         Ketiga, kesungguhan LAN menanamkan budaya kualiti di kalangan IPTS dan menimbulkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kualiti. Harus diingat bahawa LAN adalah antara agensi jaminan kualiti pengajian tinggi yang terawal ditubuhkan di rantau Asia Pasifik. Dalam sepuluh tahun ia beroperasi, LAN telah menimba pengalaman dan mematangkan dirinya dalam arena jaminan kualiti, dan dalam proses itu membantu mematangkan sama IPTS yang menjadi client utamanya.

 

Teks penuh >>

 

footer

  

DISCLAIMER: The Malaysian Government and the Malaysian Qualifications Agency shall not be liable for any loss or damage howsoever arising from the use of any information contained herein.  
 

 Contact Us | Copyright Notice | Terms & Conditions | Privacy Policy | Security Policy | Site Map
©2010 Malaysian Qualifications Agency. All Rights Reserved  
 

Agensi Kelayakan Malaysia, Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Contact No.: +603 - 7968 7002

 
Best viewed with Firefox with 1024  x 768 pixel resolution.