The Official Website of Malaysian Qualifications Agency (MQA)

blue background red background green background refresh small font big font bookmark rss feed Mobile Version

Untitled Document

Minister's Speech

Listen to the article

Sedutan Ucapan YB Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi
Di Majlis Pengisytiharan Agensi Kelayakan Malaysia
2 November 2007


Syukur Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat kita bersama-sama hadir di majlis yang sememangnya telah sekian lama kita nanti-nantikan. Transisi Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ke Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) adalah suatu perkembangan yang bersejarah dalam evolusi pendidikan tinggi negara.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato’ Syed Ahmad Hussein sebentar tadi, usaha membangunkan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Rang Undang-undang MQA telah mengambil masa yang panjang dan telah melibatkan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan tinggi negara.

Beberapa siri bengkel dan seminar telah diadakan sejak 2002 lagi untuk mendapatkan kemuafakatan nasional tentang kerangka kelayakan kebangsaan sebagai rujukan mengenai reka bentuk pengajian tinggi negara. Bermula dengan Seminar Kajian Awal Kelayakan-kelayakan Pendidikan Tinggi di Malaysia yang dianjurkan oleh LAN pada 26 Februari 2002, ia diikuti pula dengan siri konsultasi nasional dan percambahan fikiran yang meluas di bawah seliaan bersama LAN dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi sepanjang 2004 – 2005.


Sesungguhnya pembangunan MQF dan penubuhan MQA telah dirancang dengan teliti dan dengan konsultasi yang menyeluruh untuk memastikan agar pelaksanaan MQF akan diterima ramai. Ini penting kerana kita mahu ia memberi manfaat yang langsung kepada nilai dan kualiti pengajian tinggi Malaysia dan kepada pembangunan modal insan dan kemajuan negara.

Pada hari ini, secara rasminya kita kini memiliki sebuah agensi tunggal yang akan menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara baik bagi sektor awam mahupun swasta. Pada masa yang sama, kita juga memiliki satu kerangka kelayakan rasmi yang menyatupadu dan mengklasifikasikan secara teratur dan rapi semua kelayakan pengajian tinggi negara.

Harus saya tekankan di sini bahawa MQA bukan menggantikan LAN. Penubuhan MQA juga bukan satu rebranding exercise atau menjenamakan semula LAN. MQA adalah satu kesinambungan, pengembangan dan pengluasan fungsi, tanggungjawab dan tugas jaminan kualiti dan akreditasi pengajian tinggi yang telah dilaksanakan oleh LAN sejak 10 tahun lalu.

LAN telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang. Secara peribadi saya melihat tiga kejayaan penting yang dicapai oleh LAN di bawah kepimpinan empat orang Pengerusi/Ketua Eksekutifnya bermula dengan Profesor Dato’ Dr. Mohamed Suleiman, Profesor Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, dan Profesor Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed Yasin hinggalah ke era pimpinan Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein bermula Julai tahun ini. more_01

 

*Artikel ini hanya terdapat dalam Bahasa Melayu.

*This article is only available in Malay language.

Untitled Document

Disclaimer | Copyright Notice | Terms & Conditions | Privacy Policy | Security Policy | Help

All Rights Reserved © 2010 Malaysian Qualifications Agency | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Telephone No.+603 - 7968 7002 | fax+603 - 7956 9496 | webadmine-mailmqa.gov.my

Best viewed with Firefox 3.0+ and Internet Explorer 7.0+.