Header
   
   
   
   
   

wwwwww.mqa.gov.my

Menu Left

English

HALAMAN UTAMA

Tarikh:
Masa:  

  


Tarikh akhir kemaskini:

 

 

 


Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein

Peranan MQA lebih meluas, namun kerja utamanya dan impiannya tetap sama; iaitu menjamin kualiti pendidikan tinggi Malaysia, membaja keyakinan pihak- pihak berkepentingan dan menggalakkan pengukuhan kualiti bagi menjadikan pendidikan tinggi Malaysia setanding dengan yang terbaik di dunia.

MQA adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malasyia (Malaysian Qualifications Framework, MQF). MQF merupakan deklarasi Malaysia tentang kelayakan tempatan dan kualiti yang dimilikinya. Ia mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras amalan bijak antarabangsa. Ia menjelaskan tahap-tahap kelayakan, hasil pembelajaran dan beban pembelajaran pelajar. MQF mengintegrasi dan menghubungkan semua kelayakan kebangsaan dan menyediakan laluan pendidikan yang menghubungkaitkan kelayakan-kelayakan berkenaan secara sistematik.

MQA berperanan menyelia dan menyelaras jaminan kualiti pendidikan tinggi negara. Pelaksanaan jaminan kualiti secara berterusan ini akan menyumbang kepada pengukuhan kualiti dan bertujuan untuk membina keyakinan, meningkatkan daya saing negara, menangani cabaran globalisasi pendidikan tinggi dan membangunkan modal insan.

Dengan kos pengajian tinggi yang semakin mahal dan akses serta persaingan di peringkat global, para pelajar, ibu bapa, majikan dan badan-badan penaja semakin kritikal terhadap kualiti pengajian tinggi. Permintaan kini bukan lagi kepada memenuhi keperluan minimum kualiti tetapi melampauinya. Oleh itu, adalah sangat kritikal kepada institusi pengajian tinggi Malaysia untuk membudayakan kualiti sebagai komponen terutama di institusi masing-masing. Abaikan kualiti dan kita akan diabaikan.

Lembaga Akreditasi Negara atau LAN telah ditubuhkan pada tahun 1997 seiring dengan perubahan drastik polisi negara ke arah pendemokrasian pengajian tinggi. Ia dipertanggungjawabkan untuk meregulasi standard dan kualiti pengajian tinggi swasta manakala Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi pula melaksanakan jaminan kualiti bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Namun, sejak awal lagi dwi-sistem jaminan kualiti ini bersifat sementara. LAN merupakan eksperimen dalam persiapan menyediakan satu sistem kualiti pengajian tinggi kebangsaan yang seragam: satu kerangka kelayakan yang saling berhubung kait berasaskan standard kompetensi yang menyatupadukan kelayakan-kelayakan akademik, profesional, vokasional, teknikal dan kemahiran,  awam dan swasta. Pada bulan November 2007, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan bagi memikul tanggungjawab tersebut.

MQA mewarisi LAN, bukan menggantikannya. Perpindahan LAN ke MQA melambangkan satu peralihan ke ‘fasa baru’ - satu proses kematangan – dalam evolusi jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia, selari dengan perkembangan tempatan dan antarabangsa.

footer

  

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang diperolehi
dari laman web ini.
  

 Hubungi Kami | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Agensi Kelayakan Malaysia  
 

Agensi Kelayakan Malaysia, Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
No. Tel : +603 - 7968 7002

 
Paparan terbaik menggunakan Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768 piksel.