Header
   
   
   
   
   

wwwwww.mqa.gov.my

Menu Left

English

HALAMAN UTAMA

Tarikh:
Masa:  

  


Tarikh akhir kemaskini:

 

 
Standard Program Sains Perpustakaan dan MakLumat
 

AGENSI Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menerbitkan buku Standard Program Sains Perpustakaan dan Maklumat sebagai panduan spesifik kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) bagi memenuhi keperluan dan kehendak Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

 

Panduan ini, jika dipatuhi dan dilaksanakan secara betul dan bijak mampu menjana pembangunan dan mengekalkan kualiti program pendidikan di Malaysia seterusnya meningkatkan kualiti graduan dari aspek pekerjaan dan mobiliti.

 

Buku ini diformulasi bagi membantu pembangunan dan penjanaan program-program akademik dalam bidang Sains Perpustakaan dan Maklumat dari peringkat Diploma ke Doktor Falsafah. Ia merangkumi panduan spesifik bagi Matlamat dan Objektif Program, Hasil Pembelajaran Program, Reka Bentuk Program (termasuk Struktur Program), Penilaian Pelajar, Staf Akademik, Sumber Pendidikan dan Penambahbaikan Berterusan.

 

Panel pakar yang terlibat dalam pembangunan standard program ini mewakili pelbagai pihak berkepentingan termasuklah agensi kerajaan dan swasta serta PPT.

 

Buku ini boleh didapati di Agensi Kelayakan Malaysia Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ No. 17 Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan dengan harga RM 7.00. Buku ini juga boleh didapati dari laman web: www.mqa.gov.my.

 

Sebarang pertanyaan lanjut sila kemukakan kepada En. Nor Asri Jani, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa MQA ditalian : +603-7968 7050 / 8094 / 7057  atau faks : +603-7956 9496 atau emel : norasri@mqa.gov.my

 

Standard Program Sains Perpustakaan dan Maklumat

 
   
footer

  

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang diperolehi
dari laman web ini.
  

 Hubungi Kami | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman
©Hak Cipta Terpelihara 2010 Agensi Kelayakan Malaysia  
 

Agensi Kelayakan Malaysia, Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
No. Tel : +603 - 7968 7002

 
Paparan terbaik menggunakan Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768 piksel.