Pada 16 Ogos 2010, satu delegasi dari University of Science and Technology, Yemen (USTY) telah mengunjungi Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agensi, MQA).
Delegasi seramai 6 orang yang diketuai oleh Prof. Dr. Dawood Al-Hidabi, Pengerusi Universiti tersebut turut disertai oleh Dr. Hussein Al-Bahji, Mr. Khali Yaser, Mr. Adbul Lateef Mosleh, Mr. Abdul Wahab Al-Maamri dan Mr. Muhamad Hazaa.
Dalam pertemuan dengan Prof. Zita Mohd Fahmi , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA (Jaminan Kualiti) , delegasi tersebut telah diberi penerangan terperinci tentang sistem jaminan kualiti pendidikan tinggi yang dilaksanakan di Malaysia, pemakaian standard program dan pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia ( Malaysian Qualifications Framework, MQF).
Di akhir sesi lawatan tersebut, pihak MQA amat berbesar hati untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan USTY pada masa akan datang dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama demi mengukuhkan lagi sistem jaminan kualiti masing-masing.
Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.