Delegasi dari King Mongkut University, Thailand telah mengunjungi Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agensi, MQA) pada 13 Ogos 2010. Delegasi seramai 16 orang tersebut diketuai Prof. Dr. Pornapit Darasawang. Delegasi tersebut telah melawat beberapa jabatan & agensi lain termasuk beberapa institut pengajian tinggi awam.
Dalam pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein, delegasi tersebut telah diberi penerangan terperinci tentang sistem jaminan kualiti dan amalan bijak yang dilaksanakan di Malaysia terutama di dalam membangunkan Kerangka Kelayakan Malaysia ( Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Daftar Kelayakan Malaysia ( Malaysian Qualifications Register, MQR). Delegasi tersebut juga telah berkongsi maklumat tentang sistem Kerangka Kelayakan Thailand (Thailand Qualifications Framework).
Pertemuan tersebut turut disertai oleh Prof. Zita Mohd. Fahmi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA (Jaminan Kualiti) dan beberapa orang pegawai lain. Lawatan tersebut berakhir dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalin kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama.
Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.