The Official Website of Malaysian Qualifications Agency (MQA)

blue background red background green background refresh small font big font bookmark rss feed Versi Mobil

Untitled Document

Berita

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA MQA & BAN-PT

 

Satu Memorandum Persefahaman (MoA) telah dimeterai pada 29 Julai 2010 di antara Badan Akreditasi Nasional – Perguruan Tinggi (BAN-PT), Indonesia dan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) bertempat di Hotel Sultan, Jakarta. Majlis ini diadakan sewaktu 2010 AQAN Seminar and Roundtable Meeting yang dianjurkan oleh BAN-PT dan Direktorat General Perguruan Tinggi (DGHE), Indonesia yang berlangsung dari 28 hingga 30 Julai 2010.

Matlamat utama MoA ini adalah untuk meneruskan kerjasama sedia ada di antara BAN-PT dan MQA dari segi pertukaran maklumat, perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti kakitangan, kajian untuk kepentingan bersama serta usaha sama di dalam bidang lain yang berkaitan dengan jaminan kualiti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Hubungan rapat kedua-dua agensi sebenarnya telah wujud sejak tertubuhnya Lembaga Akreditasi Negara, Malaysia pada tahun 1998. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai pertukaran maklumat dan kepakaran telah dilaksanakan di antara kedua-dua pihak.

Majlis menandatangani MoA ini telah disaksikan oleh Puan Illah Sailah, Pengarah Hal Ehwal Akademik DGHE, Prof. Zita Mohd Fahmi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA serta Prof. Adil Bazuki Ahza, Timbalan Pengerusi BAN-PT.
Untitled Document

Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan

Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
tel+603 - 7968 7002 | fax+603 - 7956 9496 | webadminemailmqa.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.