Pada 26 Julai 2010, MQA telah menerima lawatan rasmi Dr Abd Hussain Jalil Al-Kaliby and Dr Kamil Allawi Kadhum dari University Kuffah, Iraq. Lawatan ini adalah sebahagian daripada program pertukaran maklumat yang disusun oleh Asia Pacific University College of Technology and Innovation (Asia Pacific UCTI) dalam penempatan kerja mereka dengan kolej universiti tersebut.
Lawatan in bertujuan untuk memperoleh maklumat berhubung Agensi Kelayakan Malaysia dan pelaksanaan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi di Malaysia serta sistem pendidikan kebangsaan.
Dalam pertemuan mereka dengan Prof Zita Haji Mohd Fahmi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, pegawai-pegawai tersebut turut didedahkan kepada amalan baik terkini dalam menjamin kualiti pengajian tinggi.
Lawatan ini berakhir dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang-bidang yang boleh membawa kepada faedah bersama.
Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.