Pada 7 Julai 2010, MQA telah menerima kunjungan rasmi Dr Joseph Samuels, Timbalan Pegawai Eksekutif South African Qualifications Authority (SAQA). Dalam pertemuannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Dato’ Dr Syed Ahmad Hussein serta pegawai MQA, kedua-dua belah pihak saling bertukar pandangan berhubung sistem dan proses jaminan kualiti yang diamalkan, aktiviti-aktiviti terkini yang dilaksanakan serta isu dan masalah yang dihadapi dalam jaminan kualiti pengajian tinggi.
Selain bertukar maklumat mengenai latar belakang dan pengalaman agensi masing-masing, kedua-dua pihak juga berbincang mengenai usaha mengukuhkan kerjasama dua hala antara agensi terutamanya dalam bidang pembangunan kapasiti.
Lawatan ini berakhir dengan persetujuan kedua-dua pihak untuk berhubung dan bertukar maklumat tentang perkembangan jaminan kualiti.
Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.