The Official Website of Malaysian Qualifications Agency (MQA)

blue background red background green background refresh small font big font bookmark rss feed Versi Mobil

Untitled Document

Berita

MAJLIS DIALOG BERSAMA PERSATUAN IPTS SERLAHKAN KETERBUKAAN MQA

 

SATU majlis dialog telah diadakan d iantara Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) dan persatuan-persatuan Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) swasta pada 21 Jun yang di Petaling Jaya, Selangor.

Matlamat utama dialog ini adalah untuk menyelesaikan beberapa isu yang dihadapi PPT berkaitan jaminan kualiti.

Majlis tahunan ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Y.Bhg Dato Dr Syed Ahmad Hussein. Hadir sama di majlis ini ialah Prof Zita Mohd Fahmi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) dan En. Sarani Dollah selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan).

Seramai 35 orang wakil PPT yang bernaung di bawah Malaysian Association of Private Colleges and Universities (MAPCU) dan National Association of Private Educational Institutions (NAPEI) telah menyertai dialog ini.

Antara isu-isu yang diperbincangkan adalah kelayakan masuk untuk program-program kesihatan bersekutu, prosedur akreditasi, Acquired Prior Experiential Learning (APEL), standard program dan pemindahan kredit.

Selain itu, para wakil PPT turut memohon kerjasama MQA untuk mengadakan lebih banyak bengkel atau seminar pada masa hadapan bagi meningkatkan tahap kefahaman terhadap prosedur akreditasi.

Menurut Y.Bhg Dato’ Dr. Syed Ahmad, dialog sebegini adalah salah satu cara bagi MQA menunjukkan amalan keterbukaannya dalam menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat di dalam bidang pengajian tinggi.

Tambah beliau, MQA sentiasa sedia menerima kunjungan para pihak berkepentingan dalam usaha memastikan isu-isu berkaitan akreditasi dapat di atasi sebaik mungkin.

Dalam pada itu, para wakil PPT mengalu-alukan inisitif MQA dalam menganjurkan dialog sebegini dan percaya inisiatif sebegini dapat mengukuhkan hubungan baik sedia ada di antara MQA dan pihak PPT.
Untitled Document

Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan

Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
tel+603 - 7968 7002 | fax+603 - 7956 9496 | webadminemailmqa.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.