Satu Kenyatan Kerjasama telah ditandangani oleh ASEAN Quality Assurance Network (AQAN), Southeast Asian Ministers of Education Organization Regional Center for Higher Education and Development (SEAMEO-RIHED) dan ASEAN University Network (AUN) ibu pejabat SEAMEO-RIHED, Bangkok pada 15 Jun 2010 lalu.
Kerjasama tersebut adalah bertujuan untuk mewujudkan antara ketiga-tiga organisasi tersebut dalam bidang jaminan kualiti pengajian tinggi. Ini adalah selaras dengan objektif dan prinsip organisasi tersebut.
Skop kerjasama ini melibatkan aktiviti atau projek yang boleh menyumbang ke arah perkembangan jalinan kerjasama antara ketiga-tiga organisasi tersebut. Antara aktiviti atau projek yang telah dikenalpasti adalah dialog polisi, jalinan polisi, pembangunan kapasiti, perkongsian maklumat dan penyelidikan.
Sebelum majlis tersebut, setiap organisasi yang terlibat telah membentang secara ringkas berkenaan aktiviti-aktikiti terdahulu dan terkini yang berkaitan dengan bidang kerjasama yang dinyatakan. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Prof. Madya Kamjorn Tatiyakavee, Timbalan Ketua Setiausaha, Office of the Higher Education Commission, Thailand. Majlis tersebut berakhir dengan komitmen dari organisasi yang terlibat bagi menjayakan kerjasama tersebut.
Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.