The Official Website of Malaysian Qualifications Agency (MQA)

blue background red background green background refresh small font big font bookmark rss feed Versi Mobil

Untitled Document

Berita

LAWATAN TECHNICAL AND VOCATIONAL TRAINING CORPORATION, ARAB SAUDI KE AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

 

image

Pada 15 Jun 2010 yang lalu, MQA telah menerima kunjungan rasmi delegasi yang terdiri daripada lapan orang pegawai dari Technical and Vocational Training Corporation, Arab Saudi.

Delegasi tersebut, yang diketuai oleh Dr. Hamad Al-Ogla, Vice Governor of Training, turut disertai oleh Dr. Salem Ali Alqahtani, Consultant, Dr. Ibraheem Alshafi, Director General for Faculty Services, Dr. Mohammed Alqahtani, Director General for Electronic Training, Dr. Ziyad Alsaigh, Director General for Trainees Services, Dr. Mobark Al-Tami, Director General for Private Training, Dr. Fahad Al-Khodair, Director General for Legal Affairs dan Dr. Abudallah Al-Hgbany, imageDirector General for Information Technology.

Antara tujuan utama lawatan tersebut adalah bagi mempelajari tentang sistem jaminan kualiti di Malaysia terutamanya berkenaan perkembangan Agensi ini, hubungan Agensi ini dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan peranannya dalam menjamin kualiti pengajian tinggi di Malaysia.

Perbincangan dalam sesi lawatan tersebut ternyata mencapai objektif apabila pelbagai isu berkenaan pengajian tinggi di kedua-dua negara telah diutarakan dan dibincangkan. Lawatan tersebut diakhiri dengan persetujuan kedua-dua pihak untuk bekerjasama pada masa hadapan.
Untitled Document

Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan

Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
tel+603 - 7968 7002 | fax+603 - 7956 9496 | webadminemailmqa.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.