The Official Website of Malaysian Qualifications Agency (MQA)

blue background red background green background refresh small font big font bookmark rss feed Versi Mobil

Untitled Document

Berita

LAPAN IPT TERIMA STATUS SWAAKREDITASI

 

SEBANYAK lapan buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah berjaya menerima sijil swakareditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) pada 17 Mei 2010 yang lalu.

Lapan buah IPT tersebut adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Monash University Sunway Campus (Monash), University of Nottingham Malaysia Campus (Nottingham), Swinburne University of Technology Sarawak Campus (Swinburne) dan Curtin University of Technology Sarawak Campus (Curtin).

Majlis penganugerahan status tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Hadir sama di majlis tersebut ialah Y.Bhg Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yassin, Pengerusi Majlis MQA, Y.Bhg Dato’ Dr Syed Ahmad Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MQA serta Timbalannya, Y.Brs Prof Zita Mohd Fahmi.

Sebelum itu, MQA telah menjalankan audit institusi di kesemua IPT terbabit sepanjang bulan September 2009 hingga Mac 2010 dan ia telah dilaksanakan oleh 15 pakar akademik dalam dan luar negara berdasarkan Code of Practice in Institutional Audit (COPIA) yang mengandungi pelbagai ketetapan penting mengenai sistem kualiti dalaman sesebuah IPT.

Berdasarkan hasil audit kesemua IPT terbabit yang berjaya mendapat status ini telah memenuhi pelbagai keperluan kualiti sepertimana ditetapkan dalam COPIA dan mempunyai sistem kualiti dalaman pada tahap yang dapat menjamin kualiti proses pendidikan yang dilaksanakan serta kelayakan yang dianugerahkan.

Pihak MQA turut akan mengaudit IPT yang telah memperoleh status swaakreditasi secara berkala dari masa ke semasa di antara tempoh tiga hingga lima tahun.

Selain itu, semua program bukan profesional yang diakredit oleh IPT tersebut boleh dimasukkan ke dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) dan dimajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam bagi pengiktirafan jabatan tersebut.

Untitled Document

Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan

Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
tel+603 - 7968 7002 | fax+603 - 7956 9496 | webadminemailmqa.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.