Pada 20 April 2010, satu delegasi dari Kementerian Pelajaran dan Chinese Service Center for Scholarly Exchange (CSCSE), China telah mengunjungi Agensi Kelayakan Malaysia ( Malaysian Qualifications Agency, MQA). Delegasi tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah Kementerian Pelajaran, En. Gong Wan dan disertai oleh En. Wang Yi, pegawai Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Pn. Yu Haiying, Ketua Pusat Penilaian Kelayakan Akademik Antarabangsa, CSCSE dan En. Zhao Tiejun, pegawai Pusat Penilaian Kelayakan Akademik Antarabangsa, CSCSE.
Antara tujuan utama lawatan ini adalah untuk mempelajari sistem jaminan kualiti yang dilaksanakan di Malaysia, menggalakkan ketulenan kelayakan antara dua negara, memudahcara pertukaran pelajar dan meneroka peluang kerjasama dengan agensi yang berkaitan di Malaysia.
Antara agenda yang dibincangkan bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif MQA iaitu Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein adalah bentuk jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak terutama dalam bidang jaminan kualiti. Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar-tukar maklumat tentang latar belakang dan pengalaman agensi masing-masing.
Lawatan tersebut berakhir dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalin kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang di dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama. MQA dalam pada itu, turut menjemput para pegawai CSCSE untuk menyertai program work attachment di agensi ini.
Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.