TANGGAL 14 April menjadi kenangan manis buat 24 orang kakitangan MQA apabila terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2009.
Mereka terdiri daripada 14 orang dari Sektor Jaminan Kualiti, tujuh dari Sektor Pengurusan dan tiga orang dari unit-unit di bawah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif MQA.
Anugerah tahunan yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah ini telah diadakan di salah sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.
Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr Syed Ahmad Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MQA dan hadiri oleh Y. Brs Prof Zita Mohd Fahmi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA (Jaminan Kualiti), Y.Brs En. Sarani Dollah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA (Pengurusan), Y.Bhg Dato’ Dr Adnan Alias, Y. Bhg Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Y.Bhg Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Judin Bin Abdul Karim serta Y.Bhg Prof Robin Pollard selaku ahli Majlis MQA.
Acara yang bermula jam 11.30 pagi ini dimulakan dengan nyayian Negaraku dan lagu rasmi MQA oleh koir MQA sebelum diikuti oleh bacaan doa yang dipimpin oleh En. Shahril Abdul Samat, Penolong Pengarah Bahagian Koordinasi Jaminan Kualiti.
Sementara itu, Y.Bhg Dato’ Syed dalam ucapannya berkata sebenarnya ramai warga MQA yang layak dipertimbangkan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini. Namun, kuota yang ditetapkan adalah terhad.
Tambah beliau, Panel Pembangunan Sumber Manusia MQA telah mengambil masa yang agak panjang untuk membuat keputusan untuk memastikan agar mereka yang dipilih itu benar-benar wajar untuk menerima penganugerahan yang tinggi ini dari begitu ramai mereka yang layak dari segi kecemerlangan dan prestasi.
Selain mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah, Y.Bhg Dato’ Syed Ahmad turut mengesa warga MQA mengamal dan menitikberatkan prinsip-prinsip asas bekerja, iaitu antara lainnya kerajinan, ketepatan masa dan fakta, ketelitian dan keterperincian, mendahulukan pelanggan serta berpegang kepada falsafah ‘never settle for less than the best’.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara jamuan sebaik sahaja selepas Y.Bhg Dato’ Syed Ahmad selesai menyampaikan ucapannya.
Sewaktu jamuan berlangsung, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan selingan oleh kanak-kanak dari Sunwave Music School dan koir MQA.
Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.