DELEGASI daripada Higher Education Evaluation Center (HEEC) China telah mengunjungi Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) pada 25 Januari 2010. Delegasi itersebut diketuai oleh Timbalan Pengarahnya, En. Li Zhihong dan disertai oleh En. Zhu Hongtao, Ketua Bahagian HEEC, En. Zhou Aijun, Ketua Jabatan Penialaian Khas, Cik Li Yan, Ketua Jabatan Hal Ehwal Awam, Cik Yang Kunrong, Ketua Jabatan Penilaian Pendidikan IPT dan En. Jiang Jingkui, Dekan Jabatan Asia Selatan, Universiti Peking.
Tujuan utama lawatan adalah untuk mempelajari sistem jaminan kualiti dan amalan bijak yang dilaksanakan di Malaysia terutama di dalam membangunkan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR). HEEC turut menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan MQA dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).
Lawatan tersebut berakhir dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalin kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang di dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama. MQA dalam pada itu, turut menjemput para pegawai HEEC bagi menyertai program work attachment di agensi ini.
Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.