Header
Menu Left

English

Halaman Utama

Tarikh:
Masa   :  

 

  


Semakan
panggilan temuduga
boleh dibuat mulai
15 Disember 2008

 
 
BUKU KOD AMALAN AUDIT INSTITUSI
 
 

BUKU Kod Amalan Audit Institusi (Code of Practice for Institutional Audit, COPIA) diterbitkan sebagai panduan utama kepada pemberi pendidikan tinggi, para juru audit jaminan kualiti, para pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), penggubal polisi, badan-badan professional dan mereka yang mempunyai kepentingan di dalam bidang pengajian tinggi. Buku ini mengandungi ringkasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia. Ia memberi panduan kepada pembaca tentang sembilan kriteria penilaian bagi tujuan jaminan kualiti serta dua tahap standard yang memperkukuhkannya iaitu standard yang ditanda aras dan standard yang lebih baik. Dalam masa yang sama, dokumen ini turut menjadi panduan bagi proses audit kualiti dalaman yang bakal dijalankan institusi dan proses audit kualiti luar oleh para juru audit yang dilantik sebagai panel MQA. Ia turut merangkumi jadual lawatan audit dan garis panduan untuk menghasilkan laporan bertulis.

Kandungan buku ini sebenarnya turut dibangunkan dengan membawa masuk amalan bijak yang telah diamalkan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi dan Lembaga Akreditasi Negara, LAN (kini MQA) berdasarkan input yang telah diberikan pakar  dan mereka yang berkepentingan di dalam bidang

 

pengajian tinggi menerusi beberapa siri perbincangan kumpulan fokus. Ia juga telah ditanda aras dengan  amalan  bijak  antarabangsa.   Ini sekaligus  memudahkan proses amalan jaminan kualiti   oleh   Quality   Assurance   Agency  for  Higher Education (QAA) United Kingdom, Australian Universities Quality Agency (AUQA), New Zealand Qualifications Authority (NZQA), Hong Kong Council for Accreditation of Academic and Vocational Qualifications (HKCAAVQ), South African Qualifications Authority (SAQA) dan National Accreditation and Assessment Council (NAAC) India yang menjalin kerjasama rapat dengan MQA.

Klik di sini untuk muat turun COPIA (versi Bahasa Inggeris)

Buku COPIA ini juga boleh dibeli di MQA Tingkat 14B Menara PKNS-PJ, No. 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia pada harga RM10.00.

 
  
   
footer

  

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang diperolehi
dari laman web ini.
  

 Hubungi Kami | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
©Hak Cipta Terpelihara 1998-2008 Lembaga Akreditasi Negara
©Hak Cipta Terpelihara Agensi Kelayakan Malaysia  
 

Agensi Kelayakan Malaysia, Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
No. Tel : +603 - 7968 7002

 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer dengan resolusi skrin1024x768 piksel.