Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) telah menandatangani Memorandum Usahasama dan Kerjasama Teknikal (Memorandum of Technical Cooperation and Partnership, MTCP) dengan Namibia Qualifications Authority (NQA) pada 7 Mei 2010 bertempat di Safari Hotel Convention Centre, Windhoek, Namibia.
Matlamat utama MTCP ini ialah untuk meningkatkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua pihak menerusi konsultasi berterusan, pertukaran maklumat dan mengkoordinasi usaha dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama selaras dengan objektif serta prinsip MQA dan NQA.
Menurut En. Franz E. Gertze yang juga Pengarah NQA, memorandum yang ditandatangani ini adalah sejajar dengan polisi kerjasama Selatan-Selatan yang dipromosikan oleh kerajaan Namibia sekarang. MQA merupakan agensi luar Afrika yang pertama menandatangani memorandum ini. Beliau turut berharap kerjasama erat ini akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Majlis menandatangani memorandum ini akan terus diingati kerana ia dibuat ketika Biennial Forum of International Network for Quality Assurance Agencies for Higher Education ke-11 berlangsung .
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Y.Bhg Dr. Syed Ahmad Hussein merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesungguhan dan usaha yang ditunjukkan NQA dalam menjayakan majlis ini di Windhoek. Beliau turut menegaskan bahawa persamaan fungsi, komitmen serta pengalaman akan membuka peluang kerjasama dan memberi manfaat besar buat kedua-dua agensi. Beliau juga berharap agar pertukaran pengawai dan panel penilai dapat bakal dilaksanakan pada peringkat awal kerjasama ini selain turut mengemukakan jemputan rasmi kepada pegawai NQA bagi mengikuti program internship di MQA selama dua minggu.
Majlis menandatangani memorandum ini turut disaksikan oleh Cik Asnath Kaperu, Timbalan Pengarah NQA dan Prof. Zita Mohd Fahmi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA. Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk melaksanakan kerjasama yang dimeterai di dalam MTCP.Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.
Penafian | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia | Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
+603 - 7968 7002 |
+603 - 7956 9496 | webadmin
mqa.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0+ dan Internet Explorer 7.0+.